Wednesday, May 16, 2012
GENAP SETAHUN PERSARAAN
Pada tarikh 5 Mei 2012 genaplah setahun saya bersara daripada perkhidmatan di Lembaga Getah Malaysia, cukup 33 tahun 3 hari. Pada tarikh ulang tahun bersara/hari lahir tersebut, saya bersama isteri di Mekah menunaikan umrah. Betapa setahun itu, amat terasa terlalu panjang kerana ruang masa yang banyak tidak dapat dimanfaatkan sepenuhya seperti semasa masih bekerja dahulu. Kini tugas harian beralih kepada mendidik cucu, memelihara ayam dan berkebun sekadar mengeluarkan peluh.....
Sunday, November 6, 2011
BEREHAT DI BUKIT SAFA'
Bukit Safa' dan Bukit Marwah merupakan 2 bukit di mana setiap jemaah haji atau umrah melakukan sai'e. Perbuatan ibadah sai'e adalah berjalan berulang 7 kali bermula di Bukit Safa' dan berakhir di Bukit Marwah. Jarak bagi setiap perjalanan dari Bukit Safa' dan Bukit Marwah ialah 430 meter, bayangkanlah 7 kali 430 meter bagi menyempurnakan sai'e. Ibadah sai'e ini biasanya dilakukan selepas tawaf umrah atau tawaf ifadah/haji, tiada sai'e sunat seperti tawaf sunat.
Peluang berehat di Bukit Safa' ini hanya boleh dilakukan pada masa lalu. Pada masa sekarang Bukit Safa' ditutup dengan cermin dan jemaah masakini hanya berpeluang melihatnya sahaja. Sambil berehat di sini terkenang saya bagaimana sukar dan susahnya seorang ibu "Siti Hajjar" berulangalik sebanyak 7 kali (lebih 3 kilometer) bagi mencari air minuman untuk anaknya Nabi Ismail AS. Kini perbuatan yang dilakukan oleh bonda Nabi Ismail itu dilakukan oleh kita semua bagi mendapat keredaan Allah dalam menyempurnakan ibadah haji dan umrah. Alhamdulillah bersyukur kepada Illahi kerana telah memperkenankan hambaNya untuk kesini sekali lagi pada tahun 2007.
Saturday, November 5, 2011
MULTAZAM DAN PINTU KA'ABAH
Bahagian dinding Ka'abah di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah adalah bahagian yang dikenali sebagai Multazam. Jaraknya atau lebar bahagian ini hanyalah 2 meter antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah. Disunatkan solat dan berdoa mengadap ke arah Multazam atau ke pintu Kaabah.... InsyaAllah dimakbulkan doa.
Menurut maklumat yang diberikan, pintu Kaabah diperbuat daripada emas tulin seberat 280 kilogram dan dengan kos melebihi 13 juta Riyal Saudi. Di hadapan pintu Kaabah terletaknya Maqam Ibrahim yang tersebut dalam al-Quraan juga. Maqam Ibrahim merupakan bekas berupa dua tapak kaki Nabi Ibrahim as. tempat baginda berpijak semasa membina semula Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail as. Batu tempat berpijak Maqam Ibrahim juga didatangi dari Syurga oleh malaikat Jib'rail sama seperti batu Hajarul Aswad. Batu-batu tersebut pada asalnya putih bersih berkilauan kini mejadi hitam disebabkan kekotoran dosa-dosa manusia. Wallahu'aklam.
Friday, November 4, 2011
HAJI ITU WUKUF DI ARAFAH?
Kemuncak haji ialah wukuf di Arafah, iaitu di mana sejumlah lebih 3 juta umat Islam akan berada di sini seketika, bermula antara tergelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah...Menjelang waktu maghrib 9 Zulhijjah jemaah akan bertolak untuk "mabit" di Mudzalifah atau berhenti seketika di waktu menjelang tengah malam di sini sebelum bertolak ke Mina. Di Mina pada pagi 10 Zulhijjah para jemaah akan melontar di jamrah aqabah atau kubra' dan seterusnya bermalam di Mina dan melakukan lontaran di ketiga2 jamrah pada hari2 tasriq. Selepas itu, semua jamaah akan balik ke Mekah dan melakukan tawaf dan sai'e di masjidilharam.
Pernah saya berada di Mekah menunaikan haji pada tahun 1993 dan 2007. Pengalaman tahun 1993 di mana jemaah Malaysia sahaja berjumlah lebih 40,000 orang (zaman tanpa kuota haji) berbanding zaman sekarang di mana jumlah dihadkan kepada 28,000 orang sahaja. Suasana haji tahun 1993 dengan tahun 2007 amat jauh berbeza sekali dengan cabaran yang berbeza. Kemudahan untuk jemaah juga amat jauh lebih baik pada masa kini berbanding masa dulu. Zaman dulu kami tinggal di rumah sewa bukan di hotel 4 bintang seperti yang disewa oleh Tabung Haji pada masa kini. Tiada makanan disediakan seperti sekarang, semuanya kena makan beli sendiri atau ada yang memasak di rumah sewa. Makanan hanya disediakan semasa di Arafah dan di Mina sahaja. Semasa di khemah Arafah tiada kipas angin disediakan, kecuali di Mina. Sekarang kemudahan kipas angin dan hawa dingin di sediakan di khemah2 di Mina. Masih teringat betapa sukar melontar jamrah di bawah jambatan di mana belum ada jamrah yang di bina luas bertingkat2 seperti sekarang. Namun cabaran jutaan manusia memerlukan tenaga dan kekuatan fisikal untuk melakukan perkara2 rukun dan wajib haji di mana waktu masih muda adalah masa yang sesuai untuk ke sana.
Terkenang masa ini ibu dan bapa saya (umur 73 tahun dan 80 tahun) berada di Mekah dan akan berangkat ke Arafah sebentar lagi... Selamat berwukuf, semoga sehat sejahtera, Amin.

Monday, October 31, 2011
TADIKA MINDA KREATIF
Tadika Minda Kreatif diiklankan sebagai "English Medium Tadika" tetapi pelajar-pelajar tadika ini masih juga tidak berupaya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Masalah besar bahasa Inggeris, bahasa ini tidak boleh diajar di dalam bilik darjah sahaja tanpa praktikal sepenuhnya dengan diterapkan "speak English at home" oleh semua parents. Pengalaman saya melatih cucu bertutur sepenuhnya bahasa Inggeris dengan konsep/kaedah "speak English at home" sejak dia mula boleh bertutur adalah cara yang paling berkesan sekali.
Sehingga cucu saya berumur 4 tahun, dia tidak boleh bertutur bahasa Melayu langsung... namun saya tidak bimbang sebab saya beranggapan bertutur bahasa Melayu adalah mudah berbanding bahasa Inggeris. Buktinya apabila cucu saya memasukki tadika ini selama sebulan sahaja, dia sudah boleh bertutur bahasa Melayu walaupun sedikit sebutan macam mat saleh. Kini cucu saya berkebolehan bertutur dua bahasa dengan baik apabila dia terpaksa bertutur bahasa Inggeris di rumah dan bahasa Melayu di tadika.
Melentur buluh biar semasa rebung memang benar.... melentur lidah biar sejak kecil lagi dan perlu praktikal bukan sekadar belajar di dalam bilik darjah sahaja...
Friday, October 28, 2011
MULA BERTUGAS 09-10-2011 DI HOSPITAL KULIM
Anak bongsu saya, Dr.Saniatul Wada mula bertugas sebagai Pegawai Perubatan Pelatih UD41 di Hospital Kulim pada tarikh 09-10-11. Kini bermula tempoh "housemanship" atau doktor pelatih untuk jangkamasa selama 2 tahun pula, sebelum diiktirafkan sebagai "Medical Officer (MO)" sepenuhnya dengan gred UD44. Stress belajar sudah tiada, kini stress di alam pekerjaan pula bermula. Sejak melapor diri sehingga sekarang kerja bermula 7.00 am dan balik rumah jam 11.00 pm..... Lepas tu ada pula "on call" masuk 4.00pm balik ke esoknya pula.... Agak teruk di mata ibu bapa, tetapi disebabkan minat, nampaknya anak saya ini melalui hari-hari bertugasnya seperti biasa sahaja....
Alhmdullillah tidak sia-sia masa 5 tahun bertungkus lumus mendapatkan ijazah perubatan telah dapat dimanfaatkan sepenuhnya....
Syabas, anakanda Dr.Saniatul Wada yang mengikuti jejak abang & kakak2....Dr.Suhaida Hanis, Dr. Zakiah dan Dr.Fadzrul Hafiz.

Friday, August 12, 2011
TAMBANG HAJI MUASSASAH 1432H/2011M
Alhamdullilah, tahun ini bapa saya & ibu terpilih ke Makkah untuk menunaikan haji walaupun baru mendaftar. Tabung haji memilih mengikut keutamaan di bawah kategori warga lanjut usia di mana beliau telah mencapai usia 80 tahun, manakala usia ibu 73 tahun. Dulu masa muda belum ada kesempatan dan juga tiada peluang kerana sibuk membesarkan anak-anak yang ramai termasuk saya sendiri....
Saya juga sedang menunggu rayuan untuk bersama menemani mereka ke Makkah pada tahun ini, walaupun telah ke sana pada tahun 2007. Amat berharap sekiranya terpilih sekali lagi ke sana bagi membantu ibu dan bapa saya semasa di sana nanti...walaupun terpaksa membayar kos tanpa subsidi sebanyak RM14,340/=.
Tambang haji bersubsidi bagi haji yang permata kali tahun ini ialah RM9,980/= sahaja seorang. Beruntung sesiapa yang terpilih menunaikan haji tahun ini kerana telah diberikan subsidi sebanyak RM4,360/= seorang.
Subscribe to:
Posts (Atom)