Wednesday, September 8, 2010

LEBIH 32 TAHUN BERSAMA

Hasil perkongsian hidup selama lebih 32 tahun, kami telah dikurniakan 4 orang anak yang telah pun dewasa. Isteri saya seorang pesara guru, telah menyumbangkan bakti selama 25 tahun di 13 buah sekolah menengah di Malaysia. Hampir menyelesaikan tugas mendidik anak-anak di mana anak sulong berkelulusan arkitek. Anak kedua, ketiga dan ke empat dalam bidang perubatan.

Anak sulong mempunyai 2 orang anak (2 cucu lelaki), anak kedua saya mempunyai 2 orang anak juga (2 cucu perempuan), anak ketiga telah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor perubatan juga dan anak ke empat kini di tahun akhir MBBS. Kini,cucu ke empat perempuan tinggal bersama saya dan isteri.

Alhamdulillah juga, telah 2 kali saya bersama isteri berpeluang menunaikan haji pada tahun 1993 dan tahun 2007. Harapan saya untuk ke Mekah sekali lagi jika diberikan kesempatan untuk menunaikan haji pada tahun 2011 atau 2012.

HAMPIR TUJUH BULAN BERPINDAH

Kini 7 September 2010, saya telah mengharungi bulan ke 7 berpindah ke Ipoh.... hampir tidak terasa masa berlalu amat cepat sekali. Ini bermakna masa untuk saya berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia hanya tinggal tidak berapa lama lagi, iaitu 7 bulan untuk tiba masa persaraan. Sehingga kini tahun 2010 merupakan tahun yang amat cepat berlalu...... Diharap tahun ini merupakan rekod paling baik dari segi perkhidmatan di mana khidmat panel perubatan tidak digunakan langsung, tiada cuti sakit walau pun ada masa kurang sehat tetapi masih boleh meneruskan khidmat.

Semasa catatan ini, umat Islam menunggu untuk menyambut aidil fitri yang akan menjelang dalam masa 2 hari lagi..... oleh itu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini.

Tuesday, September 7, 2010

WAWA GENAP 3 TAHUN

Pada 15 Ogos, 2010 genap sudah umur cucu saya yang ke 4 berusia 3 tahun. Kini sudah 3 tahun saya dan isteri memelihara Wawa @ Emilya Maisarah dengan penuh kasih sayang "bagai menatang minyak yang penuh". Walaupun Wawa amat lasak, tetapi kami tetap tabah dan sabar memelihara Wawa..... Namun, hubungan kasih sayang antara Wawa dengan ibu dan bapa kandungnya tetap diberikan keutamaan di mana setiap bulan saya serta isteri akan cuba pulang bercuti di kampung bagi menemukan mereka. Happy birthday to Wawa.... semoga Wawa akan bertambah cerdik dan bila besar menjadi doktor seperti Mama.

Sebagai maklumat tambahan, Wawa kini amat suka berkomunikasi dan lebih gemar bercakap "bahasa Inggeris". Perkembangan komunikasi dalam bahasa Inggeris amat menggalakkan di mana hasil didikan "speak English at home" oleh saya dan isteri. Wawa hampir tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik, kerana lebih gemar bercakap bahasa Inggeris sahaja......