Sunday, October 25, 2009

HUKUM MERAYAKAN PERAYAAN KAUM-KAUM BUKAN ISLAM

PETIKAN: Sunday, 18 October 2009 at 13:21
Oleh:DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR, Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya

SOALAN: Saya mempunyai rakan-rakan sekerja yang terdiri daripada kaum bukanIslam. Kami saling mengucap selamat Hari Raya mengikut agama dan kepercayaanmasing-masing apabila tiba waktunya, seperti selamat hari Krismas, selamat hari Deepavali dan lain-lain.Soalan saya, sebagai seorang Muslim, bolehkah saya turut mengucapkan selamat menyambut hari-hari kebesaran orang bukan Islam, pada hal kepercayaan mereka adalah salah dan jelas bertentangan dengan akidah Islam. Harap soalan ini mendapatjawapan dan ulasan lanjut. - NOORIDAH, Alor Setar, Kedah.

JAWAPAN: Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan. Jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang hati dengan kegembiraan mereka berhari raya, maka saya kira pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka. Meneliti beberapa fatwa yang dipamerkan melalui laman-laman web, seperti Islam-Online.net, Islam.qa.net.Islam web dan lain-lain, saya dapati beberapa ulama terkemukadi dunia Islam kini turut memfatwakan hukum merayakan hari-hari kebesaran kaum-kaum bukan Islam. Antara mereka yang mengeluarkan fatwa dan pendapat ialah:
1. Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah:
Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agamamereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat AbuDawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu.
Ketiga: Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satujudul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri imanialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin (surah al-Fatah: ayat 29).
Sebagai kesimpulan, mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam pada hari-harikebesaran mereka adalah suatu bentuk kasih sayang dan merelai kekufuran mereka. Keadaannya sama dengan merelai berlakunya kejadian-kejadian maksiat dan dosa-dosa seperti zina, minum arak dan sebagainya. Saya berminat memberi dua komen kepada pandangan Syeikh al-Munajjid ini, iaitu:
a. Pendapat beliau tidak membezakan antara jenis kafir, sama ada musyrik atau ahlikitab, kafir yang memusuhi Islam dan yang tidak memusuhinya, sedangkan al-Quran membezakan antara jenis-jenis kafir itu, lalu al-Quran membenarkan umat Islam berbuat baik terhadap kafir yang tidak memusuhi Islam dan memberi sedikit keistimewaan kepada kafir ahli kitab seperti harus kahwin dengan wanita mereka dan makan haiwan sembelihannya. Hubungan dua hala Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, Allah mengharuskan berbuat baik kepada mereka, iaitu dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud: Allah tidakmelarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidakmemerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.Tentang ahli kitab pula Allah berfirman dalam surah al-Ma'idah, ayat 5 yang bermaksud: Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka. Ayat ini menunjukkan adanya hubungan dua hala antara kafir ahli kitab dengan umat Islam dan juga dengan kafir yang setia kepada kerajaan Islam.
b. Fatwa beliau tidak mengecualikan juga hubungan kemanusiaan, sedangkan bidang-bidang kemanusiaan kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah.
Saya berpendapat, pandangan Syeikh al-Munajjid ini agak sehala dan sedikit keterlaluan, kerana tidak mengecualikan kafir yang tidak memusuhi Islam dan yang setia patuh kepada pemerintahannya. Fatwa beliau juga tidak membezakan antara amalan Hari Raya kaum bukan Islam yang ada hubungan dengan akidah dan yang tiada hubungan dengan akidah. Memang jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari Raya kaum bukan Islam, seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain, kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Tetapi jika mereka menghulur makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, saya kira ia tidak ada kena-mengena dengan akidah, bahkan haruskita terima hadiah dan makanan halal yang mereka beri.
Demikian juga jika pada hari-hari kebesaran itu merupakan hari kelepasan am, semua pejabat dan kakitangan kerajaan diberi cuti, termasuk kakitangan beragama Islam. Saya tidak fikir jika kita bersuka ria kerana bercuti pada hari itu, maka kita boleh dianggapturut membesarkan syiar agama dan budaya kaum bukan Islam.
2. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan. Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.
Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islamseperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w.pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah. Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.
Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam padahari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.Pendapat al-Qaradawi ini juga saya kira ada sedikit keterlaluan apabila beliau mengharuskan ucapan tahniah kepada kaum bukan Islam sebagai ucapan balas pada hari Krismas dan sebagainya. Ini kerana ucapan tahniah itu pada hakikatnya doa dan mengharapkan Allah memberi kebaikan kepada mereka, sedangkan ulama sepakat menyatakan haram berdoa kepada kaum bukan Islam sekali pun ia hanya kerana membalas ucapan yang mereka mulakan.
Saya kurang pasti apakah al-Qaradawi mengharuskan juga pengiriman perutusan kad-kad hari Krismas, jika ia hanya kerana membalas kad-kad yang mereka kirimkan, sedangkan dalam kad-kad itu biasanya tertulis kata-kata yang berupa doa selamat, harapan dan cita-cita yang lebih mirip kepada budaya dan syiar agama Kristian.
Setelah mempertimbangkan antara dua fatwa yang dikeluarkan oleh al-Munajjid dan al-Qaradawi di atas, saya lebih suka memilih jalan yang lebih sederhana, iaitu individu kafir yang dengan terang-terang memusuhi Islam dan umatnya, tidak harus diwujudkan sebarang hubungan pada hari-hari perayaan mereka, sekalipun mereka terdiri daripada ahli kitab. Sebaliknya kafir yang setia kepada kerajaan Islam, seperti kaum-kaum bukan Islam yang tinggal di Malaysia, jika mereka telah menunjukkan kesetiaan yang baik kepada negara, memberi sumbangan ke arah keharmonian antara kaum serta hormat-menghormati antara kaum, terutamanya dengan masyarakat Islam, maka tiada salahnya kita berkongsi raya dengan mereka dalam hal-hal yang tidak berkaitan akidah dan tidak menyentuh kesucian Islam.
Bagaimanapun, kita tidak harus memandang kecil isu penerapan budaya dan syiar bukan Islam yang begitu mudah menyerap ke dalam masyarakat kita, terutama melalui media elektronik yang sangat digemari oleh anak-anak kita.
Wallahualam.

Friday, October 23, 2009

Petua Masak Mee Hailam

Today at 04:10
From: noraini noraini@antara1.po.myPETUA1. Memasak mee hailam atau masakan mee berkuah yang sedaphendaklah menggunakan air rebusan, jangan menggunakan air paip - tak kick..2. Mee yang hendak digunakan hendaklah dibasuh terlebih dahuluuntuk membuang lebihan minyak dan soda yang digunakan.Dengan cara ini juga mee akan tetap lembut.Cara-cara menyediakan air rebusan1kg rangka ayam 1 ½ liter air,1 labu bawang putih1 inci halia yang telah diketuk.1. Masaklah hingga mendidih dan renehkan hingga airnya berubahmenjadi keruh dan tinggal separuh sahaja.2. Kemudian ditapis dan dicampurkan sedikit lada sulah dansedikit tepung jagung. Renehkan hingga pekat.3. Sedia digunakan untuk memasak mee/mihun/ kuetiawBahan-bahan MEE HAILAMMee kuningBawang putih diketuksedikit lada kisar, jika suka pedasminyak untuk menumisgaram dan serbuk perasaair rebusan ayam + kicap pekat dan sos tiramsedikit udang/sotong/fishball/ayamSayur sawi/kailan/babycorn/karot/bunga kobiscili merah, dipotong-potongsedikit daun sadri dan potongan limau nipis.Cara Menyediakannya1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan lada kisar.Campurkan udang/sotong/fishball dan isi ayam.2. Kemudian masukkan air rebusan, kicap pekat, sos tiram,garam dan serbuk perasa.3. Bila telah mendidih, masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali mee.Kacau-kacaukan sebentar kemudian bolehlah diangkat.Ketika menghidang, taburkan sedikit potongan cili merah,daun sadri dan juga potongan limau nipis. Boleh juga dihidangkanbersama cili hijau jeruk

Wuh kuahnya banyak

Friday, October 9, 2009

PERJUMPAAN HARI RAYA 2009M/1430H

Sudah lama tidak menulis di blog ini kerana kesibukan serta masa yang tidak mengizinkan. Minggu yang lepas pada hari Ahad, 4 Oktober 2009/1430H sekali lagi perjumpaan Hari Raya bekas penuntut Kolej Perhutanan, Kepong telah berjaya diadakan Kafe, Unit Latihan Perhutanan (dulu Dewan Makan Kolej). Kumpulan terakhir (last batch), yang menuntut di kolej ini tamat pada tahun 1979, dan selepas itu kolej ini pun ditutup terus. Kini kolej telah ditukar kepada Unit Latihan Perhutanan, JPSM yang melatih kakitangan sokongan bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Namun demikian, tempat ini di ULP Kepong menjadi tempat paling nostalgia bagi kami bekas pelajar-pelajar kolej perhutanan.

Begitu nostalgia sekali di mana setiap kali perjumpaan hari raya diadakan, kisah-kisah lama semasa menuntut sebagai pelajar kolej akan menjadi perbualan yang tidak jemu-jemu dibualkan semula setiap tahun. Kenangan pahit dan manis serta cerita-cerita kenakalan serta pengalaman di kolej terasa seperti masih baru semalam berada di kolej. Kini yang tidak jemu-jemu hadir di perjumpaan yang hampir 10 tahun diadakan ini, merupakan satu perjumpaan persara-persara atau bakal-bakal persara yang mana saya sendiri merupakan "second last batch" telah menjengkau umur persaraan 56 tahun pada awal tahun 2011 kelak.

Pada perjumpaan hari raya 2009, kita telah dapat meraikan dengan kehadiran seramai 31 bekas pelajar Kolej Perhutanan Kepong/UiTM berserta dengan ahli keluarga berjumlah hampir 50 hadirin. Perjumpaan yang dihadkan antara pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahhari itu berakhir sehingga pukul 1.30 petang. Kemeriahan dan peluang berjumpa sekali setahun seolah-olah amat singkat bagi mereka yang hadir. Ini dapat dilihat semasa saya sebagai pengacara majlis begitu sukar untuk mendapatkan perhatian ketika memberikan ucapan aluan kerana masing lebih menumpukan kepada perbualan sesama kekawan yang lama tidak bertemu..... Perjumpaan kali ini juga telah menemukan semula 3 orang bekas pelajar yang lebih 30 tahun tidak pernah bertemu dan merupakan kali pertama hadir. Mereka ialah Cikgu Mohd Yusof Maulut, yang kini bertugas sebagai ahli Jemaah Nazir di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya, Encik Shamsuddin Abd Rahman dari Kumpulan Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. dan Dr. Mohd Rasol Manaf yang sudah hampir 10 tahun menetap di Bedford, United Kingdom.

Semoga perjumpaan hari raya seperti ini akan berterusan selagi ada ahli-ahli yang ingin hadir menjalinkan hubungan persahabatan. Kami juga berdoa semoga kekawan bekas pelajar yang belum pernah hadir diperjumpaan ini akan terbuka hati untuk bersama pada masa-masa akan datang.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


oleh: Hj. Johani Md Zain

Saturday, August 15, 2009

WAWA GENAP 2 TAHUN

Hari ini 15 Ogos, 2009 genap sudah umur cucu saya yang ke 4 berusia 2 tahun. Sudah 2 tahun saya dan isteri memelihara Wawa @ Emilya Maisarah dengan penuh kasih sayang "bagai menatang minyak yang penuh". Walaupun Wawa amat lasak, tetapi kami tetap tabah dan sabar memelihara Wawa..... Namun, hubungan kasih sayang antara Wawa dengan ibu dan bapa kandungnya tetap diberikan keutamaan di mana setiap bulan saya serta isteri akan cuba pulang bercuti di kampung bagi menemukan mereka.

Happy birthday to Wawa.... semoga Wawa akan bertambah cerdik dan bila besar menjadi doktor seperti Mama.

Thursday, June 18, 2009

ST. LUKE'S PRIMARY SCHOOL, LANCASHIRE, UK.

Pada musim sejuk (winter) 2006, cucu saya mula bersekolah di tahun 1 semasa baru berumur 6 tahun. Di UK, kanak-kanak mulai bersekolah di waktu berumur lebih awal setahun berbanding di Malaysia.... St Luke's Primary C.E. School seperti foto di atas (cucu saya duduk terkanan sekali) terletak di pekan kecil Bury, Lancashire, UK iaitu 22 batu arah ke utara bandar Manchester.

Terdapat lebih kurang 20 pelajar sahaja bagi setiap kelas. Majoriti pelajar terdiri daripada anak-anak tempatan orang Inggeris, beberapa orang anak bangsa Pakistan dan cucu saya merupakan satu-satunya anak Melayu yang "tersesat" di sekolah ini. Sejak sekian lama sistem pendidikan di UK ini tidak banyak berubah, penekanan komunikasi dan ke arah mengasuh kepada kreativiti ditekankan sejak peringkat kanak-kanak berumur 6 tahun lagi. Kanak-kanak tidak membawa banyak buku ke sekolah, sebaliknya mereka diasuh supaya lebih bercakap dan bertanya (komunikasi 2 hala) semasa tempoh pembelajaran.

Sistem di UK berjaya mewujudkan orang-orang bangsa Inggeris lebih tinggi akademiknya. Manakala negara mereka lebih maju ke depan berbanding dengan negara kita yang masih ketinggalan jauh. Bangsa kita (Malaysia) masih berterusan belajar di negara-negara maju seperti di UK dan Amerika Syarikat, tetapi sistem pendidikan negara kita masih tidak menentu..... Sejak sebelum merdeka sehingga kini, kita masih mencari-cari sistem pendidikan yang sesuai untuk diamalkan? Sampai bila kita akan terus mencari dan mencuba sistem pendidikan baru?

Setelah 3 tahun bersekolah di St Luke's C.E. Primary School, saya yakin sistem di UK telah berjaya mendidik kanak-kanak sejak di peringkat awal lagi. Cucu saya yang kini di tahun 3 (Foto di atas, Mohd Azhan) telah berubah kepintarannya dalam berkomunikasi dan telah bertambah pula bakat kreativitinya. Begitu juga dengan cucu saya yang ke 2 (Zulkarnain, foto di bawah), walaupun masih di tahun 1, keupayaannya berkomunikasi dan berbahasa Inggeris sangat baik sekali dengan loghat "Mat Saleh" tempatannya.

Kenapa kita tidak mengambil contoh sistem pendidikan yang telah terbukti berjaya di negara luar untuk diamalkan di Malaysia?


Hjjo

Wednesday, June 17, 2009

THE FALL OF THE BERLIN WALL

"Foto bersandar di Berlin Wall ini diambil selepas masing-masing menunjukkan bakat "lukisan abstraks" di tembok tersebut...." - Saniatul Wada Johani.

The fall of the Berlin Wall had begun with the building of the Wall in 1961.However it took about three decades until the Wall was torn down. Several times people in the Communist countries rised up against the Communist system but they failed.The victims of the uprisings against the Communist dictatorship in Berlin 1953, Budapest 1956 or Prague 1968 will never been forgotten.In 1989 the first free labor union was founded in the communist Poland. The end of the communist system had begun.The Soviet Union could control their satellites yet but with the new leader Gorbatshov their politics changed in 1984.

Gorbatshov's reforms, Perestroika and Glasnost should renew the stalinistic system in the Soviet Union but not replace the communist system.The reforms in the Soviet Union also had its effects on the other communist countries, especially in Poland and Hungary.On August 23, 1989 Hungary opened the iron curtain to Austria.Months before East German tourists used their chance to escape to Austria from Hungary and in September 1989 more than 13 000 East German escaped via Hungary within three days. It was the first mass exodus of East Germans after the erection of the Berlin Wall in 1961.Mass demonstrations against the government and the system in East Germany begun at the end of September and took until November 1989.

Erich Honecker, East Germany's head of state, had to resign on October 18, 1989.The new governement prepared a new law to lift the travel restrictions for East German citizen.At 06.53 pm on November 9, 1989 a member of the new East German government was asked at a press conference when the new East German travel law comes into force.He answered: "Well, as far as I can see, ... straightaway, immediately."Thousands of East Berliners went to the border crossings.

At Bornholmer Strasse the people demanded to open the border and at 10.30 pm the border was opened there.That moment meant the end of the Berlin Wall.Soon other border crossing points opened the gates to the WestIn that night the deadly border was opened by East Germans peacefully.

Bibliography:
The Cold War by Jeremy Isaacs and Taylor Downing
The Berlin Wall by Thomas FlemingLeipziger Demotagebuch by Wolfgang Schneider

Tuesday, June 16, 2009

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

CUCU SAYA YANG TIDAK MONTEL?

Semalam 15 Jun 2009, Wawa cucu saya telah genap berusia 22 bulan. Wawa dibawa ke Klinik Kesihatan Daerah Segamat pada jam 9.15 pagi. Seperti biasa, setiap bulan berat Wawa dipantau dan jururawat yang bertugas akan memberikan nasihat tentang permakanan untuk Wawa. Kali ini berat Wawa ditahap kuning juga, dan sememangnya tidak pernah mencapai berat montel seperti yang dikehendaki.

Kali ini nasihat berupa "komunikasi sehala" berlaku oleh seorang jururawat yang agak senior/berumur (biasanya jururawat muda). Nasihat tentang pemakanan agak "boring" dan jururawat ini juga nampak amat tidak semesra jururawat-jururawat muda sebelum ini. Kerjanya nampak gopoh, kurang sabar dan tidak mesra kanak-kanak. Cucu saya sebelum ini amat mesra dengan jururawat-jururawat muda, tetapi kali ini meragam menangis dan susah pula dipujuk...... Nasihat pemakanan seimbang kepada isteri saya seolah-olah isteri saya ini bodoh sangat dan tidak pandai membesarkan anak-anak. Hendak saya mencelah dan bagi syarahan macam mana isteri telah membesarkan anak-anak sehingga semuanya "boleh" dianggap berjaya ke menara gading, takutlah dianggap sombong dan megah pula.... Mahu tak mahu, buat bodoh mendengar sahaja ceramah beliau tentang pemakanan anak-anak dan macam mana hendak mendidik supaya anak-anak membesar dan bijak?

Mahu saya ber"lecture" bagaimana isteri saya membesar dan mendidik 4 orang anak-anak kami sehingga seorang telah bergraduat sebagai arkitek, seorang doktor perubatan dan 2 orang lagi bakal bergelar doktor perubatan juga. Zaman dahulu, anak-anak kami dibesarkan dengan susu murah berjenama "Lactogen" dan kami beri anak-anak "makan biskut" direndam dalam air panas sahaja atau bubur nasi bersama ikan bilis.....

Cucu saya, Wawa kini dipelihara oleh isteri saya (pesara guru) sejak baru dilahirkan sehingga berusia 22 bulan. Ibunya sangat sibuk maklumlah sebagai doktor perubatan yang kini bertugas di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Alhamdulillah, cucu saya sehat dan semakin cerdik walaupun tidak montel seperti yang dikehendaki oleh jururawat tersebut. Sepanjang 22 bulan, ada juga cucu saya ini sesekali demam yang mana dari segi perubatan mendapat nasihat ibunya sendiri melalui hubungan telipon kerana kami tinggal di Segamat, Johor.

Membesar dan mendidik 4 orang anak berbanding dengan membesarkan serta mendidik seorang cucu amat ketara perbezaannya.... Walaupun cucu saya tidak montel, tetapi cucu saya amat cergas dan sehat serta menikmati pemakanan yang lebih baik berbanding zaman kami mendidik anak-anak dahulu... apa yang tidak kena? Harapan kami ialah melihat cucu-cucu kami akan bertambah cerdik dan lebih pintar setanding dengan ibu-bapa mereka.

HjJohani

Wednesday, May 27, 2009

JOM GI LONDON

Ingin bercuti di Kota London atau UK? Tambang ke London sama ada menaiki penerbangan MAS atau AirAsia-X amatlah murah jika dirancang lebih awal. Terdapat persaingan hebat oleh syarikat-syarikat penerbangan ke destinasi-destinasi tertentu, sama ada AirAsia-X ke Stansted Airport London atau MAS ke Heathrow Airport London.

Misalnya bagi penerbangan AirAsia tahun 2010, bagi musim bunga/panas (spring/summer) tambangnya boleh diperolehi semurah RM1,632.00 untuk pergi dan balik.

http://booking.airasia.com/skylights/cgi-bin/skylights.cgi

Sesampai di Stansted Airport London dengan AirAsia-X, saya mencadangkan supaya menelipon kawan saya (Foto di atas Dr Rasol, contact no. +447930897558) untuk penginapan B&B (Bed & Breakfast) yang sangat murah seperti di alamat berikut :

B&B Address: 63 Conventry Road, Bedford MK40 4EJ, England, UK.

Layari blog berikut untuk mendapatkan contact no.

http://rasol-bnb.blogspot.com/

(Dr. Mohd Rasol Abd. Manaf, 2, Trinity Road, Queens Park, Bedford, MK40 4NR, UK).

Kawan saya kini menguruskan bisnes B&B (bed & breakfast) bagi memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin merasai bercuti di London atau UK, dengan badget yang rendah tetapi tempat menginap yang selesa.... banyak boleh jimat?

Sewa bilik di sini boleh diperolehi serendah £20.00 sehari dan boleh masak sendiri kalau mahu atau membeli makanan halal yang mudah diperolehi sekitar B&B ini. Untuk ke London anda boleh menaiki tren (keretapi) dari stesen Bedford ke London (1 jam travel) dengan menggunakan tiket 1 hari perjalanan termasuk menaiki tiub (tube bawah tanah) dengan tambang £24.50. Jika mahu ke destinasi lain di UK, anda boleh sewa sahaja kereta dengan memandu sendiri dengan kadar lebih kurang £25.00 sehari lengkap dengan "GPS navigator". Lesen anda (Malaysian driving licence) yang sah hidup memang laku untuk digunakan selama setahun di UK. Kalau sewa kereta drive sendiri lebih seronok sebab kita bebas untuk ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.....

Sila "booking" sekali sewa kereta "online" sebelum anda sampai di airport sebab tempahan online lebih murah. Untuk jimat, booking kereta tanpa air-condition (buka skrin tingkap udara luar sudah amat sejuk). Sesampai di airport, terus pergi kaunter Hertz untuk mendapatkan kereta sewa pandu sendiri anda. Jangan lupa bawa sekali "road map" sebagai panduan tambahan terutama "road map London". Lawati website sewa kereta Hertz berikut :


Oleh itu, anda bolehlah budget sendiri berapa hari untuk bercuti di London atau UK dengan penjimatan yang agak besar..... nikmatilah betapa nyaman dan indahnya waktu musim bunga (spring 2010 in April) di UK. See you there in April 2010.

Current exchange rate : £1.00 = RM5.40

HjJo

Tuesday, May 5, 2009

HARI LAHIR SAYA 5 MEI 1955

Hari ini 5 Mei, 2009, genaplah sudah usia saya 54 tahun. Pada 29 April yang lalu isteri saya telah menyambut hari lahir beliau. Juga beberapa hari yang lepas, 25 April 2009 bersamaan 29 Rabiulakhir 1430 anak lelaki saya yang ketiga juga telah melangsungkan majlis perkahwinannya. Kini tinggal seorang lagi anak perempuan bongsu yang masih melanjutkan pengajiannya. Kalau ada jodoh, InsyaAllah majlis perkahwinan terakhir mungkin diadakan setelah saya bersara daripada LGM pada tahun 2011, di kala usia saya genap 56 tahun.

Terima kasih di atas ingatan anak-anak serta hadiah-hadiah yang diberikan sempena sambutan hari lahir. Juga tahun ini merupakan tahun di mana telah genap 30 tahun (4 Mac 1979) saya mendirikan rumah tangga dengan isteri saya tersayang.

Begitulah masa terus berlalu dengan pantas. Pertambahan ahli keluarga melalui ikatan perkahwinan diseimbangi juga dengan kehilangan ahli keluarga menyambut panggilan Illahi. Tahun 2009 kami lalui dengan rasa duka dan sedih di atas kembalinya ibu mertua ke Rahmatullah pada pagi 23 April 2009... Kami sekeluarga juga menyambut kegembiraan di atas pertambahan menantu perempuan, dengan ini bertambahlah ahli keluarga baru di atas ikatan perkahwinan.

Namun, kesunyian kembali dirasai apabila pada pagi 3 Mei, 2009, anak-menantu serta cucu-cucu pula pulang terbang balik ke UK setelah bercuti sebulan sempena majlis perkahwinan adik mereka.... juga terasa masa amat singkat sekali.

Hari ini juga genap 31 tahun saya berkhidmat dengan RRIM & LGM, terasa dihati mahu bersara lebih awal daripada menunggu tahun 2011....

Monday, May 4, 2009

MAJLIS 25 APRIL 2009/29 RABIULAKHIR 1430

Majlis perkahwinan anak lelaki ke tiga telah berlangsung secara sederhana walaupun suasana sedih pemergian ibu mertua ke rahmatullah pada 23 April 2009 masih dirasai. Kehadiran tetamu hampir 1,500 orang tetap dilayan dengan ramah mesra walaupun sesetengah tetamu tidak mengetahui peristiwa sedih yang berlaku 2 hari sebelumnya di kediaman yang sama.

Majlis kali ini berlangsung dalam cuaca yang amat baik di mana panas matahari sehingga ke petang. Kami amat bersyukur dengan cuaca yang begitu baik sekali, walaupun sehari sebelumnya hujun turun dengan agak lebat juga. Antara ex-jenan yang hadir ialah Hj Nordin Mehat, Hj Zamani, Pn Harison & Suami, Hj Hamid Mat, Hj. Md Nor Kassim & isteri, dan kawan2 lain Hj Ariff Ariffin, Sdra. Rahmat Karto, Sdra. Azid Adam, Hj Rubaii, serta ramai lagi.

Saya sekeluarga, mengucapkan terima kasih di atas ucapan takhziah dan juga tahniah... serta memohon maaf kerana tidak dapat melayan setiap yang hadir dengan sepenuhnya. Sekian, wassalam.

HjJohani

Thursday, April 30, 2009

PEMERGIAN IBU MERTUA KE RAHMATULLAH

Pada 23 April 2009 bersamaan 27 Rabiiul'akhir 1430,hari Khamis; ibu mertua (Allahyarham Hjh. Che Jam binti Omar) saya telah kembali ke Rahmatullah tepat pada jam 7.00 pagi di usia 72 tahun. Walaupun sedih, tetapi pemergiannya kami redhai setelah menderita sakit/keuzuran hampir 5 tahun setelah menjalani pembedahan kanser (ce rectum) pada awal tahun 2004. Walaupun kami sekeluarga masih sedih di atas pemergian ibu mertua yang disayangi, tetapi majlis perkahwinan cucu beliau (anak lelaki saya) diteruskan juga kerana semuanya telah dirancang lebih awal.....

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas ucapan simpati dan takhziah dari rakan-rakan/kenalan di atas pemergian ibu mertua. Juga ucapan terima kasih kerana hadir di majlis perkahwinan anak saya pada 25 April 2009/29 Rabiiul'akhir 1430 itu.

Hj Johani.

Thursday, April 16, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN

Sesiapa sahaja sahabat handai serta kenalan saya yang melayari blog ini di jemput untuk hadir ke Majlis Perkahwinan Fadzrul Hafiz (Acik) dan Zakiah seperti yang tertera di foto di atas. Majlis akan berlangsung pada 25 April 2009 hari Sabtu di alamat 1618 Mk. 4, Kampung Pertama, Jalan Permatang Nibong, 13500 Permatang Pauh. Rumah kami tidak jauh dengan UiTM Pulau Pinang.

Terima Kasih.

Haji Johani Md Zain.

Saturday, February 28, 2009

PERIKSA JANTUNG ANDA?

Terkenang semasa baru tiba di khemah Arafah sehari sebelum wukuf pada 17 Disember 2007. Seorang jemaah yang tiba di khemah yang sama bergegas duduk dan tiba-tiba terbaring terlentang dengan nafas yang kuat.... kami terkejut dan cuba menolong tetapi sudah terlambat agaknya, dia sudah meninggal dunia sebelum kami sempat berbuat apa-apa. Rekod kesihatan beliau mendapati ada darah tinggi tetapi tidak tergolong yang berisiko tinggi. Apakah dia diserang sakit jantung atau pun strok? Alhamdullilah, walaupun tidak sempat mendapat haji tetapi beliau meninggal umpama berjihad juga di dalam menuju ke arah menyempurnakan haji... semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman, Amin.

Kita sering mendengar berita sedih kekawan, sahabat handai, saudara, jiran dan sebagainya meninggal dunia secara mengejut... semua kes ini adalah "sudden death" akibat serangan jantung. Pada 21/2/2009, sahabat kita allahyarham Zakaria Hasan ex-jenan (5sc2) telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Dikhabarkan bahawa beliau diserang jantung semasa menunggu ketibaan MB Perak yang baru di Hotel Casuarina, Ipoh. Imbas kembali pertemuan kami bersama arwah di SMK Anderson pada 17/3/2007, beliau kelihatan begitu ceria dan sehat sahaja. Al-fatihah semoga dicucuri rahmat, Amin.Kekadang mereka yang aktif bersukan dan bersenam, saperti allahyarham YB Dato' Razali Ismail (ex YB MP Kuala Terengganu) meninggal semasa bermain badminton.... YB Haji Roslan, mantan MP Bukit Gantang, juga meninggal kerna sakit jantung, dia pinjam pulak basikal nak pi farmasi beli ubat semasa kena serangan jantung? Oleh itu, kekawan kita ramai yang doktor-doktor perlulah bagi nasihat di ruang ini ... apa perlu buat apabila tetiba kena serangan jantung ... CPR dulu ke?... dudok relax dulu ke? ada kata batuk kuat-kuat? dsbnya... Oleh itu, "medical advice" dari saya (walaupun bukan doktor), waktu umur kita macam la ni kenalah pi "full medical check up" secara berkala..... check tengok jantung ok ke? Orang kata, penyakit ni silent killer, kita rasa macam tak ada apa-apa, tetapi bila pi check ada tersumbat dsbnya.... Walaupun ajal maut terserah kepada Allah, tetapi usaha kena buat... Aku pun rasa cuak juga nak pi medical check up, "takut tahu" ada penyakit itu dan ini, tetapi anak sendiri yang paksa pi....Itulah saya sendiri ditahan di Wad 5 Hospital Seberang Jaya semasa cuti raya Cina lepas.

Di sini, ex-jenan (SMSAH) yang ramai doktor tu berilah nasihat kepada kawan-kawan, apa perlu buat untuk tidak terkena serangan jantung.... atau cara-cara pertolongan cemas kepada mereka yang diserang jantung. Apa nasihat tuan-tuan doktor untuk menjaga kesihatan .... bila perlu pi medical check up, apa tanda-tanda sakit jantung dan sebagainya..... atau kunjungilah Klinik Penawar Dr Sam di BBB tu?

HjJo

Saturday, February 14, 2009

SANIATUL WADA BALIK MALAYSIA

Tepat jam 6.31 petang, 8 Februari, 2009; anak bongsu saya selamat sampai di KLIA dari Dublin, Ireland setelah lebih 14 jam penerbangan. Kami sekeluarga menanti penuh debaran kerana maklumlah sudah hampir 18 bulan tidak bertemu (sejak balik bercuti April 2007). Kini Saniatul Wada (Awa) balik untuk menyambung pengajian MBBSnya di Penang Medical College (PMC) di bawah twinning program bersama RCSI, Dublin. Program di Dublin telah dilalui selama 2 1/2 tahun dan baki 2 1/2 tahun lagi ialah di PMC pula.

Masa berlalu amat pantas sekali, selama 2 1/2 tahun terasa sekejap sahaja. Saniatul Wada akan menyambung pengajiannya di semester 2, tahun 3 (clinical years) di PMC berserta latihan klinikalnya di Hospital Besar, Pulau Pinang. Beliau akan menamatkan pengajian MBBSnya dalam bulan Mac 2011 sebelum saya bersara wajib pada 5 Mei, 2011. InsyaAllah dengan berkat doa dan usaha gigih kita boleh berjaya.

Friday, February 13, 2009

FADZRUL HAFIZ & ZAKIAH OTHMAN

Anak lelaki ketiga, Fadzrul Hafiz dan Zakiah binti Othman telah selamat diijabkabulkan pada 7 Februari, 2009 di Telok Panglima Garang, Banting, Selangor. Majlis berjalan lancar dengan pernikahan dilakukan sendiri oleh abang kandung Zakiah sebagai walinya di hadapan jurunikah dan saksi-saksi dengan diperhatikan oleh kaum keluarga serta sahabat-sahabat yang terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan PPUKM.

Sebelum akad nikah, majlis pertunangan diadakan pada sebelah pagi dengan hantaran 13 bekas hadiah-hadiah termasuk 3 bentuk cincin (1 emas, 2 emas putih), mas kahwin RM80.00 serta wang hantaran sejumlah RM15,000.00, manakala pihak perempuan membalas hantaran dengan 15 bekas hadiah. Majlis kenduri serta menyambut menantu telah dirancang pada 19 April 2009 di Banting dan pada 25 April, 2009 di Seberang Perai, Pulau Pinang.

http://www.geocities.com/jmdzain/undangan.html

Sunday, February 1, 2009

PERLUKAH BERBAHASA INGGERIS UNTUK MAJU?

Bury, Lancashire, UK
31 Januari 2009

"Jika gagal, rakyat harus terjemahkan dalam pilihan raya - Samad Said

"Jika demonstrasi besar-besaran masih gagal mencapai matlamat, ia perlu diterjemahkan dalam pilihan raya umum akan datang. Inilah kuasa terakhir yang perlu digunakan rakyat sebagai kuasa penentu. Yang penting sekarang, angkatan muda harus memainkan peranan berjuang memastikan matlamat ini tercapai. Orang tua berjuang dari sisi yang lain, " demikian ulasan ringkas Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang turut sama menyertai gerombolan pencipta bahasa dalam majlis pelancaran Gerakan Mansuhkan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada petang tadi.

Turut kelihatan hadir ialah Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hassan Ahmad, Prof. Shahrin Md Zain, Prof Abdullah Hassan, Dr Anwar Ridthuan, Awang Sariyan, Setiausaha GMP, Hasni Abas, Ainon Mohd, Suhaizat Kayan manakala Shamsul Iskandar Akin adalah antara tokoh kepimpinan dari Pakatan Rakyat.

Setiausaha GMP, Hasni berkata, pelancaran ini adalah aktiviti pertama GMP yang dibuat secara terbuka dan akan dilanjutkan melalui ‘road-show’ ke negeri-negeri yang akan dilaksanakan pada bulan Februari ini.

“Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengapa PPSMI mesti dimansuhkan seterusnya mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama dalam Himpunan 100 ribu di Istana Negara pada Sabtu 7 Mac ini.

Laporan di atas ialah berkaitan perhimpunan di SOGO pada 31/1/2009.

Aku terpanggil untuk mengulas berkaitan perkara ini kerana aku merupakan generasi yang dididik di zaman terdapatnya 2 aliran utama persekolahan. Zaman kami bersekolah dulu ada 2 aliran utama iaitu Melayu dan Inggeris. Pada zaman itu, ibu bapa yang berkemampuan dan berpelajaran sedikit serta golongan pertengahan akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Inggeris. Sebaliknya ibu bapa yang golongan sederhana atau yang miskin hanya mampu menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah aliran Melayu.

Bezanya kami di sekolah aliran Melayu ialah, kami mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STP (Sijil Tinggi Pelajaran), manakala bagi aliran Inggeris mereka menduduki peperiksaan LCE (Lower Certificate of Education), MCE (Malaysian Certificate of Education) dan HSC (Higher Certificate of Education). Peperiksaan-peperiksaan tersebut soalannya sama sahaja, yang berbeza hanyalah bahasa yang digunakan. Kami di aliran Melayu sudah tentu lebih faham soalan-soalan dalam bahasa Melayu dan untuk menjawab dalam bahasa yang sama. Begitu juga sebaliknya bagi mereka yang belajar di aliran Inggeris....

Kami yang lulus di aliran Melayu juga mempunyai peluang yang sama untuk melanjutkan pengajian seterusnya ke institusi pengajian tinggi. Walaupun bahasa pengantar di IPTA atau di IPTS menggunakan bahasa Inggeris, malah ada juga yang menyambung pengajian di luar negara. Malahan, terdapat professor2, doktor2 perubatan, jurutera2, ketua2 jabatan, peguam2, hakim2, guru2 bahasa Inggeris dll. yang kini seangkatan sesama kami merupakan mereka yang dididik di sekolah2 rendah dan menengah/tinggi dalam aliran Melayu.

Cuba kita menyorot kembali, mengapa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan? Bukankah matlamat asal untuk memertabatkan Bahasa Melayu di mana pada masa dulu UKM merupakan satu2nya universiti yang hampir 100% berpengantar bahasa Melayu.... Mengambil contoh, Fakulti Perubatan UKM (HUKM) merupakan gedung yang mengeluarkan beratus-ratus graduan2 doktor perubatan dan pakar perubatan aliran Melayu. Apakah doktor2 aliran Melayu ini tidak pandai berbahasa Inggeris boleh merbahayakan pesakit? Malahan, Fakulti Perubatan UKM sekarang ini diterajui oleh pakar ENT yang dididik di sekolah aliran Melayu (Prof. Datuk Dr. Lokman, kelulusan SPM/STP dari Sekolah Alam Shah). Pakar geologist Prof. Datuk Dr Ibrahim Komo merupakan pelajar aliran Melayu Sekolah Sultan Abdul Halim (SMSAH) juga merupakan contoh mereka yang berjaya walaupun melalui pendidikan aliran Melayu. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Mohd Zaki Md Yasin merupakan pelajar aliran Melayu yang sama bersekolah di SMSAH. Beliau juga berjaya di bidang undang-undang dan seterusnya menjawat jawatan hakim.

Begitu juga penubuhan UTM, universiti ini merupakan universiti yang boleh dianggap kilang yang mengeluarkan kaum bumiputera (Melayu) sebagai jurutera-jurutera yang dididik di dalam aliran Melayu.... Bahasa pengantar UTM juga menggunakan bahasa Melayu. Seterusnya lain-lain universiti juga turut mertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya seperti UPM, USM dan UUM. Apakah selama ini matlamat menghasilkan professional2 aliran Melayu oleh kesemua universiti tersebut telah gagal disebabkan mereka tidak pandai bahasa Inggeris?

Untuk mencapai negara maju bukan kerana bahasa. Jepun dan Korea maju dengan bahasanya sendiri dimertabatkan. Negara-negara di Eropah juga maju dengan memertabatkan bahasanya sendiri, bahasa Inggeris hanya untuk negara-negara seperti UK, USA, Australia dan New Zealand sahaja. Negara-negara di Eropah berbangga dengan bahasa negaranya sendiri seperti Peranchis dengan bahasa Frenchnya, Holland dengan bahasa Belandanya, German dengan bahasa Jermannya, Ireland dengan Irishnya, Spain dengan bahasa Sepanyolnya dan lain-lain lagi..... Lihat negara jiran terdekat kita kecuali Singapura (itu pun tiada bahasa khusus, masih guna Inggeris-Mandarin dan Inggeris-Melayu), Thailand memertabatkan bahasa Thainya, Indonesia dengan bahasa Indonesianya dan Filipina menggunakan bahasa Tagaloqnya.....

Kenapa kita di Malaysia tidak bangga dengan bahasa Melayunya....... ?
Sila rujuk blog ini mengenai data-data pencapaian pendidikan aliran Melayu :-

http://isubahasamelayu.blogspot.com/2009/02/data-data-pencapaian-pendidikan-melayu.html

oleh:
Alongjoe.

Thursday, January 29, 2009

PENGALAMAN DI BILIK 3, WAD 5 HSJ

Pukul 10.00 mlm aku dimasukkan di Bilik 3, Wad 5 setelah seharian ditempatkan di Wad OBS Bahagian Kecemasan hospital. Bukan senang untuk mendapatkan tempat di Wad 5 kerana terpaksa tunggu kekosongan pula, wad Hospital Seberang Jaya (HSJ) ini sentiasa dipenuhi pesakit. Pada masa ini HSJ merupakan hospital daerah yang amat digemari oleh pesakit-pesakit di seluruh Seberang Perai....

Di Bilik 3, Wad 5 aku ditempatkan berseorangan (bilik untuk seorang).... Di sini aku tidak dapat bergerak banyak kerana tangan aku dipasang saluran untuk memasukkan air atau "dripping" dan satu lagi saluran yang memasukan "insulin" secara terkawal. Sejak dimasukkan di Wad OBS dan di Wad 5 ini setiap jam aku dipantau dengan darah diuji dan tekanan darah diambil setiap jam. Baru aku terlelap, aku dikejutkan setiap jam untuk diambil darah dan dimasukkan ubat melalui saluran ditangan setiap beberapa jam sekali.

Setiap kali aku dikejutkan, aku dipanggil "pakcik" oleh jururawat-jururawat muda yang sememangnya sebaya dengan anak-anak aku sahaja. Sememangnya aku dilayan oleh jururawat-jururawat itu seperti anak melayan bapa yang sakit....... Namun, pada satu ketika (tak ingat pukul berapa) kerana aku terlalu letih dan di dalam separuh sedar atau tidur, aku terdengar kejutan yang agak keras... Aku terkejut kerana terlalu mengantuk, aku lihat 2 orang perempuan yang seorang berpakaian serba biru dan seorang lagi yang berpakaian putih tercegat berdiri dihujung katil aku. Perempuan berpakaian biru menyoal aku "bila masuk ke Wad ini?" Seterusnya kenapa Encik tidak kawal makan dan seterusnya berbagai-bagai soalan yang aku mampu jawab antara tidur atau sedar......

Setelah aku sedar sepenuhnya, kedua-dua perempuan itu telah pun keluar dari bilik aku..... Aku tidak dapat "mengecam" muka kedua-duanya kerana aku pun tidak memakai cermin mata..... Besok pagi aku pun menceritakan kepada anak aku (Dr Anis) apa yang berlaku, iaitu berkenaan kunjungan 2 perempuan tersebut pada malam tadi. Agak pelik katanya, tiada orang yang sepatutnya melawat bilik menyoal pesakit pada waktu tengah malam...... Katanya, ayah mimpi kot?

Wednesday, January 28, 2009

BERCUTI DI BILIK 3, WAD 5 HSJ

Pada 24/1/2009, aku berserta isteri, anak ketiga dan cucu bertolak balik ke Pmtg. Pauh sempena cuti raya Cina. Perjalanan awal pagi bagi mengelakkan kesesakan jalanraya tidak menjadi kerana kenderaan yang amat banyak di lebuhraya. Disebabkan jem di lebuhraya berhampiran Tanjung Malim, kami keluar ke jalan biasa tetapi terperangkap juga dengan jem yang teruk..... Akhirnya sampai ke rumah hampir 5 petang, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4.5 jam telah menjadi hampir 8 jam.

Sesampai di rumah, aku pun mengadulah sakit kaki kepada anak perempuan aku (Dr Hanis) di mana terdapat sedikit bisul di lutut dan terdapat bengkak di bahagian buku lali. Apa lagi, dia pun paksalah aku untuk diperiksa di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada esok hari. Esoknya pada 25/1/2009 aku diperiksa dan dibedah untuk buang bisul pada lutut aku. Bermula itu, bermacam2 pemeriksaan dibuat ke atas aku dan didapati keputusan ujian darah dan air kencing yang tidak memuaskan..... .. dan akhirnya aku terpaksa / dipaksa untuk bermalam di Wad 5 (Bilik 3) di HSJ. Walaupun anak aku doktor perubatan, aku sendiri tidak dapat untuk mengelakkan dari ditahan di Wad hospital. Seumur hidup aku, baru inilah pertama kali aku dianggap orang sakit yang terpaksa bermalam di Hospital. Itu pun pada mulanya aku berdegil untuk masuk Wad, tetapi atas pujukan anak yang ingin melihat kesihatan ayahnya sendiri terjaga, maka aku akurlah juga.....

bersambung pengalaman di Wad 5.........

Friday, January 23, 2009

MAMA MIA

http://1426.blogspot.com/2009/01/abba-thank-you-for-music.html

Hari tu ada kerja di JB, seperti biasa di Hotel Mutiara bersebelahan Holiday Plaza tu merupakan penginapan tetap kami tiga beranak (termasuk cucu, Wawa). Di Holiday Plaza ini memang terkenal dengan kedai jual cetak rompak berbagai-bagi jenis CD dan DVD samada program2 terkini, filem2, lagu dan sebagainya. Bak kata kedai2 di sini menjual CD & DVD cetak rompak ini macam dilesenkan untuk menjualnya.... kerana apa? Penjualan di sini agak terbuka tanpa takut diserbu dan sebagainya...... seingat saya penjualan CD2 cetak rompak di Holiday Plaza telah bermula sejak 10 tahun yang lalu, sejak saya mula bertukar di pejabat Kluang lagi pada tahun 1998. Pada masa itu, setiap kali ada mesyuarat di JB maka tidak miss juga melawat dan membeli sekali CD2 (dulu belum ada jual DVD) untuk program2 terbaru untuk PC di rumah. Walaupun menjadi kesalahan tetapi nak beli yang original harga RM200-RM300 bagi satu program tak mampu.... beli di sini 1 CD baru RM6-RM7.00.

Sudah lama tak beli DVD, hari tu beli juga satu DVD filem Mama Mia berharga RM5.00 sahaja, tetapi "packing" dan DVD ni nampak macam original. Bukan apa, boleh juga tengok guna Laptop masa dok dalam bilik hotel nanti.... Sebelum tu sudah tengok harga DVD original di kedai, harganya RM25.00 sahaja, nak beli takut cerita tu tak menarik rasa rugi la pulak.... Cuba lah tengok DVD cetak rompak ni dulu, kalau ok nanti boleh beli yang original untuk "collection", so yang cetak rompak ni bagi lah kat sapa2 yang hendak. Bila balik ke hotel, cuba play kat Laptop... eeh cetak rompak pun kualiti macam original, sangat clear dan tak nampak macam cetak rompak...... Cerita Mama Mia ni merupakan "musical film" yang menghiburkan....lagu2 ABBA memang mengembalikan nostalgia masa lalu.... cubalah beli yang original pula.

The film is based on
jukebox musical with a book by British playwright Catherine Johnson, based on the songs of ABBA, composed by Benny Andersson and Björn Ulvaeus. It was an early example of the jukebox musical genre and helped to popularize the form. Although the title of the musical is taken from the group's 1975 chart-topper Mamma Mia, the plot is fictional, not biographical.

Sunday, January 11, 2009

WAWA, CUCU SAYA YANG SEMAKIN CERDIK


Kini genap umur cucu saya 1 tahun 5 bulan. Walaupun letih memelihara cucu yang sangat lasak, tetapi sekurang-kurangnya kerenahnya yang berbagai-bagai itu membuat kami terhibur. Hilang rasa letih dan penat sekejap. Begitulah apabila semua anak-anak sudah membesar dan dewasa, penghibur pengganti anak-anak ialah cucu-cuculah pulak.

Hari Isnin ini 12 Januari 2009, Wawa akan ikut Wan dan Nendanya ke Johor Bahru bermalam di Hotel Mutiara. Bertemu lagi kenalan Wawa di Hotel Mutiara yang sememangnya amat menanti kedatangan Wawa lagi. Pada petang 14 Januari 2009 Wawa akan ke Seri Kembangan dan bermalam di rumah kami di sana. Wan ada kerja di Kuala Lumpur dan di Sungai Buloh, Wawa pasti seronok dapat bertemu Acik dan Cik Kiah yang akan berkunjung ke Seri Kembangan.

Wawa akan pulang ke rumah di kampung bertemu Mama pada cuti tahun baru Cina ini. Pasti Mama, Papa dan Nenek termasuk Bibiek (pembantu rumah baru) yang memang suka kepada Wawa akan gembira dengan kepulangan Wawa.

TANDAS TERMAHAL DI DUNIA?

11 January 2009

Gila....Seunit Tandas Menyamai Harga 10 Unit Rumah!!
Oleh: pendikar gunung kriang

Gila, tidak masuk akal, itulah kata rakan saya selepas membaca berita dalam akhbar Metro yang menyatakan kos pembinaan tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) ialah RM250,000 seunit. Satu unit tandas RM250,000? Satu unit tandas RM250,000? Gila!!Berita yang tersiar dalam Metro dan dibacakan rakan itu membuatkan saya terdiam. Mulanya saya sangka rakan itu cuma bergurau. Selepas membacanya sendiri baru saya sedar, ia bukan gurauan. Ia benar-benar tersiar dalam akhbar itu.Menurut berita itu, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Teknikal Malaysian Airport Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali memaklumkan pihaknya membelanjakan sebanyak RM1 juta untuk membina 4 unit tandas sebagai tambahan kepada kemudahan sedia ada di LTABL. Katanya empat unit tandas yang setiap satu berharga RM250,000 itu telah siap dan digunakan sejak 3 minggu lalu.Mengapa seunit tandas berharga hingga RM250,000?

Sungguh tinggi kosnya jika menjangkau hingga RM250,000 seunit! Seunit rumah kos rendah yang mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan satu bilik air baru berharga antara RM25,000 hingga RM42,000 sahaja mengikut lokasi dan jenis rumah. Jika diandaikan harga seunit rumah kos rendah ialah RM25,000 seunit bermakna peruntukan RM250,000 itu boleh digunakan untuk membina 10 unit rumah kos rendah. Jika diandaikan harga rumah itu ialah RM42,000 seunit pula, bermakna peruntukan RM250,000 itu berupaya membina hampir 6 unit rumah kos rendah.Mengapa kos tandas di LTABY itu tinggi sangat?

Mungkinkah kemasannya begitu hebat hingga menyebabkan harga setinggi itu? Mungkinkah lantai tandas itu diperbuat dari jubin bersalut perak yang diimpot dari Amerika, dindingnya bersalut emas tulin yang diimpot dari Afrika Selatan, cermin mukanya diperbuat dari kaca yang dijamin tidak retak dan pudar selama 1,000 tahun, manakala mangkuk tandasnya diperbuat dari emas putih bersalut berlian? Dalam hati saya tertanya-tanya selepas membaca berita itu - siapa arkitek yang mereka cipta tandas semewah itu, ia dibuat atas arahan siapa, siapa yang meluluskannya dan siapa jurutera yang membuat perkiraan kos tandas yang setinggi itu? Mungkinkah sang jurutera yang membuat perkiraan telah tersilap mengiranya, manakala pihak yang meluluskan pembinan tandas itu menanda tanganinya ketika sedang bermimpi?

Sambil menggeleng-gelengkan kepala saya berkata kepada rakan di sebelah, "Rupanya ketika masih ada rakyat yang tidak mampu memiliki sebuah rumah sekalipun,namun di negara kita ada agensinya yang sanggup membina seunit tandas yang harganya menyamai harga 10 unit rumah kos rendah. Itulah agaknya makna semangat 'Malaysia Boleh', boleh buat apa saja, buat benda-benda gila dan tidak masuk akal sekalipun!Membaca berita yang tersiar di akhbar itu membuat hati saya meronta-ronta untuk ke LTABY bagi menyaksikan sendiri tandas yang serba mewah itu. Cuma saya takut apabila memasuki tandas itu hasrat untuk membuang air tidak kesampaian kerana tidak tergamak mencemarkan tandas yang hanya layak digunakan oleh Raja-Raja atau dewa-dewi dari kayangan sahaja itu!


Yang Berkhidmat KedahLaNie Di pos pada 6:18 AM
Labels:

Chop Yang Hilang

Ini ialah antara lukisan 'water color' yang awal dilukis oleh Fadzlan Rizan Johani. Lukisan yang dihasilkan oleh anakanda kami pada 5hb. Oktober, 1997 (semasa berumur 17 tahun) ialah antara yang masih menjadi hiasan dinding di Segamat, Johor. Bakat 'fine art' yang dimiliki oleh anak sulong kami terserlah semulajadi sejak di sekolah rendah lagi dan tidak pernah dihantar kursus secara formal.

"Chop yang hilang" ialah tajuk lukisan ini. Makna disebalik tajuk tidak diketahui, hanya pelukis asal lukisan ini sahaja yang layak untuk menerangkannya.

Saturday, January 10, 2009

SUNDAY BOOT SALE IN MANCHESTER

One of the famous Sunday boot sale in Manchester at Oldham Rugby Union Club near Byrth Road behind Bardsley Church or at Oldham/Ashton Road. We were here on Sunday, 15 April 2007.

Di sinilah tempat di mana peluang untuk bertemu orang Melayu yang majoriti pelajar-pelajar Manchester University. Mat Saleh pun ramai juga yang berminat mencari barang-barang murah yang dijual di sini. Maklum saja, barang terpakai dijual oleh Mat-Mat Saleh di sini murah-murah sahaja. Jualan terus dari "boot" kereta di mana berbeza dengan di Malaysia ... bukan macam pasar tani atau pasar malam seperti di Malaysia. "Sunday Boot Sale" di Manchester ini bermula pagi setiap hari Ahad dan berakhir tengahhari. Kebanyakan barang yang dijual merupakan barang-barang terpakai, 'second hand' atau barang-barang "reject" dari kilang.

Sempat juga aku beli sehelai Cedarwood jaket dengan harga 5 pound di sini, ok juga jaket reject dari kilang...

WESTON PARK MUSEUM, SHEFFIELD.

Weston Park Museum.

The Weston Park Museum is, one mile west of the centre of Sheffield, England, lying beside Weston Park and surrounded by the University of Sheffield. It is managed by the Sheffield Galleries and Museums Trust.The building, neo-Classical and in the Ionic order, was completed in 1868, and extended twice since. Some of the extension works were funded by donations from local businessman J. G. Graves. The front part of the building was the city museum, while the rear was the art gallery. The art gallery is a Grade II* listed building. The Weston Park Museum was named the Sheffield City Museum and Mappin Art Gallery until 2006. It opened in 1875, and housed Sheffield's archaeology, natural history, decorative art and social history collections.

The Mappin Art Gallery had a small section given over to a rotating exhibition of the city's collection, but the majority of its galleries contained a contemporary mixture of commissions and touring exhibitions.The building closed in March 2003 for complete renovation. The £17.3 million re-development was partly funded by the Heritage Lottery Fund, Sheffield City Council and Objective 1 for South Yorkshire, and the building reopened on October 2006 as Weston Park Museum, with the City Museum collection re-displayed, while Harold Cantor Gallery will stage changing exhibitions up to four times per year.

Weston Park, Sheffield (2005).

The museum has been updated to appeal to families and non-traditional museum visitors as well as the seasoned museum visitor. There are five galleries: Sheffield Life and Times, What on Earth!, Treasures, About Art and the Harold Cantor Gallery. In the What on Earth! gallery there are live bees and ants and there is also a weather station monitoring area in the foyer.

Entrance is free and the museum is open every day.

The museum's archaeology exhibits include a replica of the Bronze Age rock art from Gardom's Edge and many items collected by Thomas Bateman, notably the Benty Grange helmet which closely matches the descriptions of warriors' helmets in Beowulf.

en.wikipedia.org/wiki/Weston_Park_Museum

THE SPIRE OF DUBLIN


The Spire of Dublin

Designed by Ian Ritchie Architects, it is an elongated cone of diameter 3m (10 ft) at the base, narrowing to 15cm (6 in) at the top. The world's tallest sculpture, it was originally intended that the Spire be completed by 2000 in honour of the new millennium, but construction was delayed because of difficulty in obtaining planning permission and environmental regulations. It is constructed from eight hollow tubes of stainless steel and features a tuned mass damper to counteract sway.


The Spire of Dublin

The Spire of Dublin, or its official title the Monument of Light (Irish: An Túr Solais), is a large, pin-like monument 120 metres (393 ft) in height. It is located on the site of the former Nelson Pillar on O'Connell Street in the Irish capital, Dublin.

Thursday, January 8, 2009

Near The Beatles Story Exhibition in Liverpool

The Beatles Known all over the world, The Beatles started right here in Liverpool at Mathew Street in a music venue called The Cavern. Liverpool is justly proud of the fact that John, Paul, George and Ringo formed the group here in their home city. The city celebrates their lives and music with regular venues, nostalgic exhibitions and promotions. The Magical Mystery Tour takes in the landmarks that often reflect the lyrics of the Beatles songs. Names such as Penny Land and Strawberry Fields. The original home of Paul McCartney was restored by the National Trust and can be found at 20 Forthlin Street. A collection of works by John Lennon can be viewed at Mathew Street Art Gallery and the Cavern is still open as a music venue and destination for Beatles fans the world over.

The Beatles Story exhibition in Liverpool recreates the whole 60's experience with the fab four from 1962, through Beatlemania and flower power, to the 70's and beyond. The minute you enter The Beatles Story, you begin to live and breathe the 60's, the Beatles music, Liverpool, the beat, a magical history tour through Merseyside and beyond. Visitors to the exhibition experience relive the rise to fame of the fab four with both recreations and original Beatles exhibits. Visit the website at:

www.beatlesstory.com
www.birminghamuk.com/beatles.htm

KENALAN SINGKAT SAMA BERFOTO

Foto ini merupakan foto bersama kenalan baru dari Seberang Jaya? Masa singkat berkenalan di dataran Ka'abah menyebabkan masing-masing tiada mencatitkan alamat atau nama masing-masing. Oleh itu saya tidak dapat butir-butir kenalan singkat yang sama berposing di hadapan bahagian yang menghadap pintu Ka'abah ini. Beliau berasal dari Seberang Jaya dan kemungkinan akan dapat bertemu di Masjid Seberang Jaya pada masa cuti nanti. Doa saya agar dapat bertemu semula di Seberang Jaya nanti......

Bangunan hotel mewah di belakang merupakan salah sebuah yang didiami oleh jamaah pakej yang bernilai RM90,000 seorang. Datuk K dan isteri Datuk Siti Nurhaliza merupakan mereka yang datang dengan pakej ini pada musim haji 2007 yang lalu. Rupa-rupanya dari sumber maklumat yang boleh dipercayai, terdapat lebih 40 orang jamaah Malaysia yang mengerjakan haji dengan pakej RM90,000 seorang...? Alhamdullilah, ramai juga orang Malaysia yang kaya raya dan berkemampuan mengerjakan haji dengan pakej yang mahal ini.

Untuk makluman, mulai musim haji tahun 2008, Lembaga Tabung Haji (LTH) juga telah menyediakan pakej haji mewah dengan kos sebanyak RM99,940.00 seorang. Pakej ini memang telah diiklankan oleh LTH.

The Battle of 'Uhud

Makam syuhada' Uhud

The Battle of Uhud (Arabic: غزوة أحد) was fought on 23 March 625 (3 Shawwal 3 AH in the Islamic calendar) at Mount Uhud, in what is now north-western Arabia. It occurred between a force from the Muslim community of Medina led by Muhammad, and a force led by Abu Sufyan from Mecca, the town from which many of the Muslims had previously emigrated (hijra). The Battle of Uhud was the second military encounter between the Meccans and the Muslims, preceded by the Battle of Badr in 624, where a small Muslim army had defeated the larger Meccan army. Marching out from Mecca towards Medina on 11 March 625, the Meccans desired to avenge their losses at Badr and strike back at Muhammad. The Muslims readied for war soon afterwards and the two armies fought on the slopes and plains of Uhud.

Berdasarkan cerita ustaz.. beberapa ratus tahun selepas itu..atau 400 tahun dahulu (saya sudah terlupa..harap maaf) kawasan Uhud ini pernah mengalami banjir besar dan dengan kuasa Allah, jasad-jasad 3 sahabat nabi yang dikuburkan di sini telah terapung..dan masya Allah jasad-jasad itu kelihatan masih segar seolah-olah masih hidup. Sesudah banjir.. dikuburkan semula. wallahua'lam.

Tanah di dataran 'Uhud masih berwarna merah seakan-akan darah. Warna merah ini dipercayai akan kekal sehingga hari kiamat. Tetapi pada musim haji 2007 yang lalu, hampir keseluruhan tanah merah seakan-akan darah ini ditutupi oleh "slab-slab" simen oleh pihak kerajaan Saudi. Oleh itu, jemaah yang datang menziarah tidak mengetahui perkara ini jika tidak diceritakan keadaan warna tanah di sini. Antara sebabnya ialah untuk mengelakkan perbuatan bidaah oleh sesetengah jemaah semasa melawat kawasan 'Uhud ini.

Wednesday, January 7, 2009

Tahun Menyambut Menantu 2009

Zakiah and Acik (Fadzrul Hafiz)

Sekiranya tiada halangan, segala yang dirancang akan terlaksana juga di tahun 2009 ini. Jodoh pertemuan ditentukan Allah, semoga termakbul segala impian anak ketiga kami untuk menamatkan zaman bujangnya. InsyaAllah, kedua-dua mereka; Fadzrul Hafiz (Acik) dan Zakiah Othman akan menamatkan pengajian bagi ijazah doktor perubatan mereka dan masing-masing akan bergelar doktor menjelang bulan April 2009.

Pertemuan dan hubungan sebagai kawan sekelas (classmate) sejak di tahun pertama di UKM dan sehingga kini telah hampir lima tahun merupakan perkenalan yang agak lama. Sememangnya pilihan anak-anak dalam mencari jodoh perlu direstui oleh ibu-bapa setelah mereka sendiri dewasa dan bersedia untuk memikul tanggungjawab berkeluarga sendiri. Seperti yang dirancang, Fadzrul Hafiz dan Zakiah akan bertunang dan melangsungkan ijabkabul pada 7hb. Februari 2009 serta akan mengadakan majlis persandingan pada 18hb. dan 25hb. April, 2009. Alhamdullillah, tahun 2009 akan bertambah seorang lagi ahli keluarga dan sekaligus bertambahlah pula doktor perubatan di dalam keluarga kami.

Tuesday, January 6, 2009

SELAMAT TINGGAL 2008, SELAMAT DATANG 2009

Looking for house No. 2, Coxs Close, Queen Park, Bedford.

Tahun 2008 sudah ditinggalkan, kini 2009 berlalu sudah hampir seminggu. Pengakhiran tahun 2008 kita dikejutkan dengan tertimbusnya 14 buah banglo di Bukit Antarabangsa dengan meragut nyawa 4 mangsa dan menyebabkan ramai yang cedera serta hilang tempat berteduh. Namun, mangsa yang terlibat merupakan golongan berkemampuan dan hartawan, oleh itu tiada berita kesusahan mereka selepas peristiwa ini. Tabung bantuan mangsa tidak mendapat sambutan, kemungkinan orang ramai beranggapan mereka yang terlibat merupakan yang berkemampuan, golongan elit dan jutawan.

Permulaan tahun baru 2009 dibuka dengan peristiwa-peristiwa sedih dengan berita kemalangan jalanraya dahsyat. Kemalangan melibatkan 4 nyawa di Kuala Lumpur dan beberapa lagi kemalangan di sekitar Lembah Kelang. Paling tragis ialah kemalangan 4 buah kenderaan yang meragut sekaligus 10 nyawa di Gua Musang, Kelantan. Kebetulan kemalangan berlaku di kala kerajaan atau Jabatan Pengangkutan Jalan menguatkuasakan penggunaan talipinggang keselamatan ("rear seat belts") kepada penumpang belakang pula.

Adakah pemakaian talipinggang belakang tersebut boleh menyelamatkan nyawa manusia jika dilihat kepada peristiwa yang meragut nyawa seperti di Gua Musang itu? Statistik atau rekod menunjukkan kebanyakan kes-kes kemalangan dahsyat adalah akibat pemanduan yang amat laju, memandu cara merbahaya dan memotong di selikoh merbahaya. Selain itu, ditambah pula dengan keadaan jalanraya yang sememangnya agak buruk dan kurang diselenggarakan. Tambahan pula, jenis kenderaan yang kecil seperti kancil, kenari dsbnya yang memuatkan lebih muatan penumpang juga adalah punca kepada kemalangan maut ini.

Kenderaan-kenderaan kecil ini biasanya dengan muatan berlebihan penumpang dipandu laju dan menghadapi masalah kekurangan kuasa "pick-up" semasa memotong. Akibat itu, apabila mengambil selikoh merbahaya dan cuba pula memotong kenderaan lain, maka ianya akan bertembung dengan kenderaan di hadapan..... lalu berlakulah, baaag!

Tahun 2009, hati-hatilah semasa memandu di jalanraya. Ingatlah kepada mereka yang disayangi.

Thursday, January 1, 2009

Perjalanan Yang Sentiasa Dirindui

Pada 4 Disember 2007, saya dan isteri berangkat ke Jeddah menaiki pesawat KT69 MH8265 tepat jam 11.00pagi dari Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sesampai di Jeddah jam 3.00 petang dan urusan seterusnya dengan kesibukan jemaah yang telah sedia ada di Mekah hampir 2 juta menyebabkan kelewatan dan perjalanan yang lama untuk sampai ke Hotel di Mekah. Sesampai di Hotel setelah selesai urusan mendapatkan bilik dan mengemas beg, saya dan isteri terus sahaja ke Masjidharam untuk melakukan ibadat yang perlu diselesaikan. Maklum sahaja, telah melalui pengalaman haji 15 tahun dahulu, saya tidak perlu berlengah lagi menunggu mutawif Tabung Haji. Amat bersyukur sekali doa saya semasa tawaf wada' 15 tahun dahulu telah termakbul, dipanggil lagi untuk mengerjakan haji bagi kali ke 2.

Walaupun menunaikan haji mengikut sistem muassasah Tabung Haji dengan bayaran yang di caj oleh Tabung Haji RM8,883.00 sahaja (tetapi simpanan perlu cukup RM9,800) tetapi keselesaan amat jauh berbeza berbanding semasa dulu. Semasa dulu, duduk di rumah sewa sahaja (kos haji RM5,970 sahaja) dan makan sendirian berhad, tetapi kali ini menginap di Hotel dengan makan tengahhari dan malam disediakan ala Melayu. Jarak Hotel ke Masjidilharam juga tidaklah jauh sangat, lebih kurang 700 meter sahaja. Sama seperti 15 tahun lalu, sepanjang di Mekah saya dan isteri diberikan kesihatan yang cukup baik sehingga tiada yang terhalang untuk melakukan ibadat-ibadat wajib dan sunat. Amat bersyukur sekali, umrah sunat yang dapat saya dan isteri lakukan telah melebihi 20 kali sepanjang berada di Kota Suci Mekah. Satu rekod yang saya sendiri tidak dapat menjangkakan kerana keadaan kesihatan saya sendiri semasa di Malaysia tidaklah begitu baik. Ini merupakan anugerah dari Allah Yang Maha Kuasa, niat kita baik akan sentiasa termakbul.....

Pengalaman yang begitu bermakna, saya dapat mengerjakan haji berserta dapat pula membantu kenalan semasa di Mekah. Selama 45 hari berada di Mekah dan Madinah, masa berlalu terasa amat cepat sekali. Semasa tawaf wada', saya sekali lagi berdoa agar dipanggil lagi mengabdikan diri mengerjakan haji untuk kali seterusnya dengan dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan tubuh badan. Untuk itu, saya telah pun mendaftar untuk haji kali ke 3 dan diberikan giliran pada tahun 2020. Tempoh menanti yang amat lama, oleh itu saya akan merayu dipercepatkan perjalanan di tahun 2012 atau 2013 kelak.

Kenangan manis dan pengalaman berguna semasa di Mekah dan Madinah masih terasa baru walaupun telah setahun berlalu. Saya dan isteri bertolak balik ke Malaysia dari Lapangan Terbang Madinah pada petang 16 Januari 2008 dan tiba waktu subuh di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 17 Januari 2008.

SALAM MA'AL HIJRAH 1430H

Di rumah Rasol & Norli di Bedford, England pada 5/4/2007

Ditanya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Mengenai Beberapa Soalan Tentang Sambutan Hijrah.

Soalan: Adakah Nabi s.a.w mula berhijrah pada bulan Muharram seperti difahami oleh kebanyakan masyarakat awam di Malaysia ini?

Jawapan: Sebenar ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa baginda s.a.w keluar dari rumah baginda menuju rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. al-Syeikh Al-Mubarakfuri dalam buku sirahnya yang terkenal Al-Rahiq al-Makhtum mencatatkan bahawa pada 27 Safar bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian di Gua Thur. Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yasrib ketika itu. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba. Kemudian pada hari Jumaat minggu tersebut barulah baginda memasuki Madinah. Dengan ini, maka sangkaan sesetengah pihak bahawa Nabi s.a.w berhijrah pada bulan Muharram adalah tidak tepat. Sebaliknya bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan Arab. Maka tahun hijrah dikira bukan kerana Nabi s.a.w berhijrah pada Muharram, tetapi kerana tahun berkenaan berlakunya peristiwa hijrah. Maka tahun peristiwa itu berlaku dikira sebagai tahun pertama. Adapun bulan Muharram sememangnya bulan pertama bagi tahun Arab seperti Januari bagi tahun masihi.

Soalan: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin. Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan. Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu. Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.

Soalan: Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?

Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” Riwayat Muslim.Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini -pada pandangan saya- boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun dengan itu lalu membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan. Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang diboleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus. Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan. Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.

Jabal Rahmah di Arafah

Semasa Haji 2007, waktu ziarah di Jabal Rahmah pada 9 Dis., tidak sempat untuk mendaki Jabal rahmah. Semasa Haji 1993, saya dan isteri berkesempatan mendaki sehingga ke puncak Jabal Rahmah (di belakang).

Catatan oleh Mario Gagho:

Salah satu kewajiban haji yg tidak boleh ditinggal dan tak tergantikan adalah wukuf atau tinggal di padang Arafah. Jamaah haji wajib tinggal di padang Arafah dari awal waktu Dzuhur sampai masuk waktu maghrib, sehari sebelum hari Raya Idul Adha.Walaupun disebut Padang Arafah, akan tetapi jgn dibayangkan tempatnya bagaikan padang yg tandus dan kering. Memang keadaannya seperti itu pada masa dulu. Situasinya berubah setelah Saudi menemukan sumber minyak yg menjadikan negara ini menjadi pengekspor minyak terbesar dunia. Padang Arafah yg dulu kering dan tandus berubah menjadi hijau dan "subur". Tanah luas itu sekarang dipenuhi dg tanaman pohon Sukarno; mengambil nama Presiden Sukarno yg telah menyumbangkan bibit pohon itu sewaktu kunjungannya ke Saudi dulu. Aku tak tahu apa nama asli pohon itu di Indonesia. Yg jelas, menurut biografi "Bung Karno, Penyambung Lidah Rakyat Indonesia" rangkuman Cindy Adams, bung karno waktu itu memang sengaja membawa ratusan bibit pohon ke saudi yg sesuai dg kondisi di sana. Dan ternyata telah berhasil menaungi padang Arafah sehingga membuat jamaah haji merasa nyaman dan terhindar dari panas (pohon serupa pokok mambu).

Karena ritual Arafah ini sebenarnya berupa "berdiam diri" dari waktu dzuhur sampai maghrib, maka para jamaah haji yg punya semangat 'adventurer' memanfaatkannya buat jalan2 ke tempat2 bersejarah di sekitar padang Arafah. Antara lain yg paling banyak dikunjungi orang adalah "Jabal Rahmah" atau Gunung Kasih Sayang. Konon gunung ini menjadi tempat pertemuan kembali antara Nabi Adam dan Siti Hawa di dunia ketika mereka diusir dari Surga. Ada kepercayaan di kalangan jamaah haji, bahwa jabal rahmah merupakan tempat yg makbul untuk berdoa minta enteng jodoh. Banyak jamaah haji sampai naik ke puncak gunung itu supaya lebih mantap berdoanya. Kebanyakan mereka adalah para orang tua yg mendoakan putrinya supaya segera cepat mendapatkan jodoh; kendati ada juga para gadis dan juga janda2 yg ingin mendapatkan pasangan hidup lagi.

Salah satu dari pasangan suami isteri itu kebetulan minta aku hantar ke Jabal Rahmah. Mereka bercerita bahwa puteri mereka sampai sekarang belum dapat jodoh, padahal umur sudah cukup. Mereka berdoa di sana cukup lama. Di perjalanan mereka kembali bercerita kali ini lebih detail ttg puteri mereka. Aku tak mengerti kenapa kedua pasangan yg merupakan salah satu pengusaha top di Jakarta ini bercerita begitu detail ttg puterinya padaku. Sampai aku agak merasa ge-er, jangan2 ia ingin aku mau jadi menantunya... Dia juga memberikan kartu namanya dan sangat mengharap aku mampir ke jakarta, tak lupa dia juga memberikan foto keluarganya dan sekali lagi menunjukkan putrinya yg belum menikah itu...

Baru-baru ini, setelah aku sampai di India, aku dikejutkan dg SMS yg masuk dari bapak itu yg menyatakan bahwa putrinya itu alhamdulillah sudah bertunangan dan akan segera menikah. Aku kaget dan gembira, tentu saja. Dan lebih kaget lagi, ternyata si putri akan menikah dg temanku, mahasiswa mesir, yg kebetulan sama2 jadi petugas haji dg-ku. Aku tidak tahu, apakah itu semua berkat jabal Rahmah atau tidak. Satu hal yg jelas, menurut sebuah Hadits Nabi; "Padang Arafah merupakan tempat yg mujarab dan makbul untuk berdoa". Dan jabal rahmah merupakan sebahagian dari padang Arafah.

oleh:
Mario Gagho
Political Science, Agra University, India.

Gua Hira' di Jabal Nur

"Gua Hira' di puncak Jabar Nur (di bonjol menghala Kaabah). Inilah tempat wahyu pertama diturunkan. Amat kagum betapa Saidatina Khadijah boleh panjat gunung yang tinggi itu semasa menghantar bekalan makanan dsb.nya semasa Rasulullah berada di gua Hira".

Goa Hira adalah sebuah goa kecil yang terletak tak jauh dari puncak Jabal Nur. letaknya sekitar 6 Km sebelah utara Masjidil Haram. Di tempat inilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. Untuk menuju ke sana, diperlukan waktu sekitar 1.5 jam. Mulai dari kaki gunung, kita bisa menapaki track yang sudah ada. Awalnya memang terasa mudah. Batu-batuan yang ada di sana bisa dijadikan tempat berpijak. Akan tetapi, sekitar 15 menit mendaki, ketika nafas sudah mulai tersengal, jalan setapak itu terasa sangat berat. Dalam perjalanan ke puncak, kita dapat menjumpai beberapa pedagang minuman. Baik yang berupa pedangan asongan, atau pun yang sudah mempunya tapak sebagaimana kedai minum yang ada di terminal-terminal ibukota.

Selain itu, ada beberapa peminta-minta yang sedang bertugas. Bagi yang sudah pernah Umrah atau Haji, bukan sebuah pemandangan asing bila kita menjumpai orang-orang yang mempunyai cacat fisik seperti tangan dan kaki yang tidak sempurna. Pemandangan serupa pun juga dapat kita jumpai sepanjang perjalanan ke puncak Jabal Nur. Fantastik! Orang yang cacat seperti itu, bisa menaiki gunung yang bagi sebagian orang yang sempurna pun sulit untuk didaki! :)

Menjelang ke puncak, kita juga dapat berfoto dengan Unta! Unta? Ya! Unta! Unta khas Saudi yang didandani sedemikian rupa yang oleh empunya-nya dapat dijadikan alat untuk mencari riyal demi riyal. Untuk berfoto dengan unta di Jabal Nur biayanya tidak sama seperti berfoto dengan haiwan berpunuk ini bila di Jabal Rahmah (Arafah). Bisa dimaklumi, karena untuk tiba sampai di sana, hewan ini butuh pengorbanan yang sangat! :) Satu hal yang menarik lagi, bahwa di sepanjang jalan setapak itu, kita juga dapat jumpai beberapa orang yang sibuk dengan ember, pasir, semen, dan "cetok" (lupa nama Indonesianya euy! jawir habis! :)) Mereka seolah-olah sedang memperbaiki beberapa tangga yang rusak. Persis seperti di kampungku bila musim hujan tiba. Bila ada jalan yang berlubang, ramai orang menguruknya dengan batu. Seakan-akan membantu kemudahan pengguna jalan. Dan kegiatan ini baru berhenti bila musim kemarau datang! :)

Begitu tiba di puncak Jabal Nur, kita akan disuguhi pemandangan yang sangat menakjubkan! Kota Mekah terlihat dari sini. Mobil-mobil yang berseliweran di jalan terlihat seperti mainan. Di puncak ini, kita juga dapat temui beberapa fotografer amatur. Mereka menggunakan kamera polaroid. Sekali jepret! Jadi deh! :). Di beberapa batu besar yang ada di puncak gunung, kita bisa melihat grafiti yang bertuliskan "Jabal Nuur" atau "Goa Hira". Bagi jamaah yang baru ke sini, akan mudah terkecoh dengan tulisan-tulisan itu. Seolah-olah Goa Hira sudah di depan mata. Tapi mereka salah! Goa Hira tidak terletak di puncak Jabal Nur! Untuk ke Goa Hira, dari Puncak Jabal Nur, kita harus menuruni tebing yang agak curam.

Alhamdulillah sudah ada tangga yang permanen dan dinding yang tinggi untuk menjaga agar tidak jatuh ke jurang. Setibanya di bawah, kita harus belok ke kanan dan melewati celah sempit di antara dua batu besar. Sesudah melewati itu, di sebelah kiri, akan kita goa yang sangat bersejarah! Goa Hira! Tidak terlalu luas. Hanya bisa diduduki oleh sekitar 4 orang. Dari dinding goa sebelah kanan, ada semacam celah yang menghubungkan goa ini dengan udara bebas di luar. Angin yang berhembus terasa sangat kencang. Dan sejuukkk!! Bila kita keluar dari goa tersebut, dan memandang arah ke bawah, maka dari jauh kita akan melihat masjidil haram. Sungguh, bila tak ada bangunan lain yang melebihi tinggi Ka'bah, maka kita pun akan dapat melihat Ka'bah! Sebagaimana Rasulullah dulu sering memandangi Ka'bah dari tempat ini.

Subhanallah..! Sebuah perjalanan yang tak kan mungkin bisa dilupakan. Terbayang bagaimana perjuangan Rasulullah dahulu ketika berkhalwat di sini. Sungguh tidah mudah!! Allahu Akbar!!!