31 Januari 2009
"Jika gagal, rakyat harus terjemahkan dalam pilihan raya - Samad Said
"Jika demonstrasi besar-besaran masih gagal mencapai matlamat, ia perlu diterjemahkan dalam pilihan raya umum akan datang. Inilah kuasa terakhir yang perlu digunakan rakyat sebagai kuasa penentu. Yang penting sekarang, angkatan muda harus memainkan peranan berjuang memastikan matlamat ini tercapai. Orang tua berjuang dari sisi yang lain, " demikian ulasan ringkas Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang turut sama menyertai gerombolan pencipta bahasa dalam majlis pelancaran Gerakan Mansuhkan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada petang tadi.
Turut kelihatan hadir ialah Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hassan Ahmad, Prof. Shahrin Md Zain, Prof Abdullah Hassan, Dr Anwar Ridthuan, Awang Sariyan, Setiausaha GMP, Hasni Abas, Ainon Mohd, Suhaizat Kayan manakala Shamsul Iskandar Akin adalah antara tokoh kepimpinan dari Pakatan Rakyat.
Setiausaha GMP, Hasni berkata, pelancaran ini adalah aktiviti pertama GMP yang dibuat secara terbuka dan akan dilanjutkan melalui ‘road-show’ ke negeri-negeri yang akan dilaksanakan pada bulan Februari ini.
“Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengapa PPSMI mesti dimansuhkan seterusnya mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama dalam Himpunan 100 ribu di Istana Negara pada Sabtu 7 Mac ini.

Laporan di atas ialah berkaitan perhimpunan di SOGO pada 31/1/2009.
Aku terpanggil untuk mengulas berkaitan perkara ini kerana aku merupakan generasi yang dididik di zaman terdapatnya 2 aliran utama persekolahan. Zaman kami bersekolah dulu ada 2 aliran utama iaitu Melayu dan Inggeris. Pada zaman itu, ibu bapa yang berkemampuan dan berpelajaran sedikit serta golongan pertengahan akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Inggeris. Sebaliknya ibu bapa yang golongan sederhana atau yang miskin hanya mampu menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah aliran Melayu.
Bezanya kami di sekolah aliran Melayu ialah, kami mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STP (Sijil Tinggi Pelajaran), manakala bagi aliran Inggeris mereka menduduki peperiksaan LCE (Lower Certificate of Education), MCE (Malaysian Certificate of Education) dan HSC (Higher Certificate of Education). Peperiksaan-peperiksaan tersebut soalannya sama sahaja, yang berbeza hanyalah bahasa yang digunakan. Kami di aliran Melayu sudah tentu lebih faham soalan-soalan dalam bahasa Melayu dan untuk menjawab dalam bahasa yang sama. Begitu juga sebaliknya bagi mereka yang belajar di aliran Inggeris....
Kami yang lulus di aliran Melayu juga mempunyai peluang yang sama untuk melanjutkan pengajian seterusnya ke institusi pengajian tinggi. Walaupun bahasa pengantar di IPTA atau di IPTS menggunakan bahasa Inggeris, malah ada juga yang menyambung pengajian di luar negara. Malahan, terdapat professor2, doktor2 perubatan, jurutera2, ketua2 jabatan, peguam2, hakim2, guru2 bahasa Inggeris dll. yang kini seangkatan sesama kami merupakan mereka yang dididik di sekolah2 rendah dan menengah/tinggi dalam aliran Melayu.
Cuba kita menyorot kembali, mengapa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan? Bukankah matlamat asal untuk memertabatkan Bahasa Melayu di mana pada masa dulu UKM merupakan satu2nya universiti yang hampir 100% berpengantar bahasa Melayu.... Mengambil contoh, Fakulti Perubatan UKM (HUKM) merupakan gedung yang mengeluarkan beratus-ratus graduan2 doktor perubatan dan pakar perubatan aliran Melayu. Apakah doktor2 aliran Melayu ini tidak pandai berbahasa Inggeris boleh merbahayakan pesakit? Malahan, Fakulti Perubatan UKM sekarang ini diterajui oleh pakar ENT yang dididik di sekolah aliran Melayu (Prof. Datuk Dr. Lokman, kelulusan SPM/STP dari Sekolah Alam Shah). Pakar geologist Prof. Datuk Dr Ibrahim Komo merupakan pelajar aliran Melayu Sekolah Sultan Abdul Halim (SMSAH) juga merupakan contoh mereka yang berjaya walaupun melalui pendidikan aliran Melayu. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Mohd Zaki Md Yasin merupakan pelajar aliran Melayu yang sama bersekolah di SMSAH. Beliau juga berjaya di bidang undang-undang dan seterusnya menjawat jawatan hakim.
Begitu juga penubuhan UTM, universiti ini merupakan universiti yang boleh dianggap kilang yang mengeluarkan kaum bumiputera (Melayu) sebagai jurutera-jurutera yang dididik di dalam aliran Melayu.... Bahasa pengantar UTM juga menggunakan bahasa Melayu. Seterusnya lain-lain universiti juga turut mertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya seperti UPM, USM dan UUM. Apakah selama ini matlamat menghasilkan professional2 aliran Melayu oleh kesemua universiti tersebut telah gagal disebabkan mereka tidak pandai bahasa Inggeris?
Untuk mencapai negara maju bukan kerana bahasa. Jepun dan Korea maju dengan bahasanya sendiri dimertabatkan. Negara-negara di Eropah juga maju dengan memertabatkan bahasanya sendiri, bahasa Inggeris hanya untuk negara-negara seperti UK, USA, Australia dan New Zealand sahaja. Negara-negara di Eropah berbangga dengan bahasa negaranya sendiri seperti Peranchis dengan bahasa Frenchnya, Holland dengan bahasa Belandanya, German dengan bahasa Jermannya, Ireland dengan Irishnya, Spain dengan bahasa Sepanyolnya dan lain-lain lagi..... Lihat negara jiran terdekat kita kecuali Singapura (itu pun tiada bahasa khusus, masih guna Inggeris-Mandarin dan Inggeris-Melayu), Thailand memertabatkan bahasa Thainya, Indonesia dengan bahasa Indonesianya dan Filipina menggunakan bahasa Tagaloqnya.....
Kenapa kita di Malaysia tidak bangga dengan bahasa Melayunya....... ?
Sila rujuk blog ini mengenai data-data pencapaian pendidikan aliran Melayu :-
http://isubahasamelayu.blogspot.com/2009/02/data-data-pencapaian-pendidikan-melayu.html
oleh:
Alongjoe.
Disebabkan kelemahan dalam bahasa Inggeris, anak Melayu (sepatutnya cerdik) yang majoritinya berasal dari luar bandar akan terlebih awal keciciran dalam subjeks sains dan matematik. Keputusan peperiksaan yang dimenipulasikan oleh kerajaan akhir sekali mengkantoikan anak-anak Melayu sendiri untuk tidak layak ke kursus2 professional berteraskan sains & matematik di peringkat pengajian tinggi. Cuba lihat apa terjadi di Fakulti Perubatan UKM sekarang? Dulu dan sehingga tahun 2004, majoriti pelajar perubatan di UKM dikuasai hampir 90% anak2 Melayu. Tetapi kini bilangan pelajar perubatan Melayu telah hampir menjadi golongan minoriti di UKM sendiri yang pada asalnya ditubuhkan bermatlamat untuk memperbanyakkan golongan doktor dari aliran sekolah Melayu... Ini adalah antara sebabnya pelajar Melayu telah awal2 terkantoi dalam aliran sains dan matematik di peringkat sekolah....tambahan pula pengambilan berdasarkan merit?
ReplyDelete