Wednesday, January 7, 2009

Tahun Menyambut Menantu 2009

Zakiah and Acik (Fadzrul Hafiz)

Sekiranya tiada halangan, segala yang dirancang akan terlaksana juga di tahun 2009 ini. Jodoh pertemuan ditentukan Allah, semoga termakbul segala impian anak ketiga kami untuk menamatkan zaman bujangnya. InsyaAllah, kedua-dua mereka; Fadzrul Hafiz (Acik) dan Zakiah Othman akan menamatkan pengajian bagi ijazah doktor perubatan mereka dan masing-masing akan bergelar doktor menjelang bulan April 2009.

Pertemuan dan hubungan sebagai kawan sekelas (classmate) sejak di tahun pertama di UKM dan sehingga kini telah hampir lima tahun merupakan perkenalan yang agak lama. Sememangnya pilihan anak-anak dalam mencari jodoh perlu direstui oleh ibu-bapa setelah mereka sendiri dewasa dan bersedia untuk memikul tanggungjawab berkeluarga sendiri. Seperti yang dirancang, Fadzrul Hafiz dan Zakiah akan bertunang dan melangsungkan ijabkabul pada 7hb. Februari 2009 serta akan mengadakan majlis persandingan pada 18hb. dan 25hb. April, 2009. Alhamdullillah, tahun 2009 akan bertambah seorang lagi ahli keluarga dan sekaligus bertambahlah pula doktor perubatan di dalam keluarga kami.

1 comment:

  1. dah nak kawin dah acik...insyallah kami balik nanti 10 April hingga 2 Mei utk majlis pesandingan. Tak dapat nak tgk acik akad nikah jerlah...huhu

    ALONG
    http://www.jalakmas.blogspot.com/
    http://papan9.blogspot.com/

    ReplyDelete