Wednesday, May 27, 2009

JOM GI LONDON

Ingin bercuti di Kota London atau UK? Tambang ke London sama ada menaiki penerbangan MAS atau AirAsia-X amatlah murah jika dirancang lebih awal. Terdapat persaingan hebat oleh syarikat-syarikat penerbangan ke destinasi-destinasi tertentu, sama ada AirAsia-X ke Stansted Airport London atau MAS ke Heathrow Airport London.

Misalnya bagi penerbangan AirAsia tahun 2010, bagi musim bunga/panas (spring/summer) tambangnya boleh diperolehi semurah RM1,632.00 untuk pergi dan balik.

http://booking.airasia.com/skylights/cgi-bin/skylights.cgi

Sesampai di Stansted Airport London dengan AirAsia-X, saya mencadangkan supaya menelipon kawan saya (Foto di atas Dr Rasol, contact no. +447930897558) untuk penginapan B&B (Bed & Breakfast) yang sangat murah seperti di alamat berikut :

B&B Address: 63 Conventry Road, Bedford MK40 4EJ, England, UK.

Layari blog berikut untuk mendapatkan contact no.

http://rasol-bnb.blogspot.com/

(Dr. Mohd Rasol Abd. Manaf, 2, Trinity Road, Queens Park, Bedford, MK40 4NR, UK).

Kawan saya kini menguruskan bisnes B&B (bed & breakfast) bagi memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin merasai bercuti di London atau UK, dengan badget yang rendah tetapi tempat menginap yang selesa.... banyak boleh jimat?

Sewa bilik di sini boleh diperolehi serendah £20.00 sehari dan boleh masak sendiri kalau mahu atau membeli makanan halal yang mudah diperolehi sekitar B&B ini. Untuk ke London anda boleh menaiki tren (keretapi) dari stesen Bedford ke London (1 jam travel) dengan menggunakan tiket 1 hari perjalanan termasuk menaiki tiub (tube bawah tanah) dengan tambang £24.50. Jika mahu ke destinasi lain di UK, anda boleh sewa sahaja kereta dengan memandu sendiri dengan kadar lebih kurang £25.00 sehari lengkap dengan "GPS navigator". Lesen anda (Malaysian driving licence) yang sah hidup memang laku untuk digunakan selama setahun di UK. Kalau sewa kereta drive sendiri lebih seronok sebab kita bebas untuk ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.....

Sila "booking" sekali sewa kereta "online" sebelum anda sampai di airport sebab tempahan online lebih murah. Untuk jimat, booking kereta tanpa air-condition (buka skrin tingkap udara luar sudah amat sejuk). Sesampai di airport, terus pergi kaunter Hertz untuk mendapatkan kereta sewa pandu sendiri anda. Jangan lupa bawa sekali "road map" sebagai panduan tambahan terutama "road map London". Lawati website sewa kereta Hertz berikut :


Oleh itu, anda bolehlah budget sendiri berapa hari untuk bercuti di London atau UK dengan penjimatan yang agak besar..... nikmatilah betapa nyaman dan indahnya waktu musim bunga (spring 2010 in April) di UK. See you there in April 2010.

Current exchange rate : £1.00 = RM5.40

HjJo

3 comments:

  1. Salam HjJo,
    Thanks for the tips. I plan ke London November nanti. Baru saja email booking the accommodation. Harap-harap dapat jimat belanja.
    Regards,
    Sharifuddin

    ReplyDelete
  2. Dear Sharifuddin, I am so pleased to accomodate the best i can for you to stay in our B&B in Bedford. Looking forward to meeting u in November. Let other frens know please.

    Rasol

    ReplyDelete
  3. Thanks you Hj Jo mempromosi B&B kami,

    addition: Kalau travel dengan train dari Bedford ke London lebeh dari 3 org..anda boleh membeli harga tiket one day travel card secara kumpulan dgn harga 9 pounds seorang.Ini boleh menjimatkan kos melancong lagi dan melawat secara kumpulan dengan membawa bekal yg dimasak di B&B adalah baik.

    Sekira anda ingin bermalam di London kami juga mempunyai rangkaian B&B di Barking, Zon4 London dengan harga 35pounds sebilik berkongsi 2 Orang dan tambahan 10pounds sekira lebih dari 3 orang.

    Rasol

    ReplyDelete