Hari ini 5 Mei, 2009, genaplah sudah usia saya 54 tahun. Pada 29 April yang lalu isteri saya telah menyambut hari lahir beliau. Juga beberapa hari yang lepas, 25 April 2009 bersamaan 29 Rabiulakhir 1430 anak lelaki saya yang ketiga juga telah melangsungkan majlis perkahwinannya. Kini tinggal seorang lagi anak perempuan bongsu yang masih melanjutkan pengajiannya. Kalau ada jodoh, InsyaAllah majlis perkahwinan terakhir mungkin diadakan setelah saya bersara daripada LGM pada tahun 2011, di kala usia saya genap 56 tahun.
Terima kasih di atas ingatan anak-anak serta hadiah-hadiah yang diberikan sempena sambutan hari lahir. Juga tahun ini merupakan tahun di mana telah genap 30 tahun (4 Mac 1979) saya mendirikan rumah tangga dengan isteri saya tersayang.
Begitulah masa terus berlalu dengan pantas. Pertambahan ahli keluarga melalui ikatan perkahwinan diseimbangi juga dengan kehilangan ahli keluarga menyambut panggilan Illahi. Tahun 2009 kami lalui dengan rasa duka dan sedih di atas kembalinya ibu mertua ke Rahmatullah pada pagi 23 April 2009... Kami sekeluarga juga menyambut kegembiraan di atas pertambahan menantu perempuan, dengan ini bertambahlah ahli keluarga baru di atas ikatan perkahwinan.
Namun, kesunyian kembali dirasai apabila pada pagi 3 Mei, 2009, anak-menantu serta cucu-cucu pula pulang terbang balik ke UK setelah bercuti sebulan sempena majlis perkahwinan adik mereka.... juga terasa masa amat singkat sekali.
Hari ini juga genap 31 tahun saya berkhidmat dengan RRIM & LGM, terasa dihati mahu bersara lebih awal daripada menunggu tahun 2011....
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Happy birthday ayah...Semoga sihat selalu...
ReplyDelete-Acik&Kiah-
selamat hari lahir Uncle Joe.. juga takziah atas pemergian arwah bonda dan tahniah di atas kehadiran anggota baru...
ReplyDelete~nurul~
Selamat hari lahir ayah,
ReplyDeleteSemoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.Jaga makan selalu.
Insyallah kita akan berjumpa lagi.
Abang+Wardina
I wish you I gave you a birthday card.-Azhan
ReplyDeleteI wish I gave you a cake.-nine