Monday, October 31, 2011

TADIKA MINDA KREATIF


Tadika Minda Kreatif diiklankan sebagai "English Medium Tadika" tetapi pelajar-pelajar tadika ini masih juga tidak berupaya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Masalah besar bahasa Inggeris, bahasa ini tidak boleh diajar di dalam bilik darjah sahaja tanpa praktikal sepenuhnya dengan diterapkan "speak English at home" oleh semua parents. Pengalaman saya melatih cucu bertutur sepenuhnya bahasa Inggeris dengan konsep/kaedah "speak English at home" sejak dia mula boleh bertutur adalah cara yang paling berkesan sekali.

Sehingga cucu saya berumur 4 tahun, dia tidak boleh bertutur bahasa Melayu langsung... namun saya tidak bimbang sebab saya beranggapan bertutur bahasa Melayu adalah mudah berbanding bahasa Inggeris. Buktinya apabila cucu saya memasukki tadika ini selama sebulan sahaja, dia sudah boleh bertutur bahasa Melayu walaupun sedikit sebutan macam mat saleh. Kini cucu saya berkebolehan bertutur dua bahasa dengan baik apabila dia terpaksa bertutur bahasa Inggeris di rumah dan bahasa Melayu di tadika.

Melentur buluh biar semasa rebung memang benar.... melentur lidah biar sejak kecil lagi dan perlu praktikal bukan sekadar belajar di dalam bilik darjah sahaja...

No comments:

Post a Comment