Peri mustahaknya DHA dan AA dalam pemakanan bayi yang baru lahir telah diuji berkali-kali, berikutan itu kedua-dua bahan tersebut telah ditambah di dalam rumusan makanan bayi di Eropah dan juga Asia.
DHA (“docosahexaenoic acid”) dan AA (“arachidonic acid”) merupakan dua substans yang amat genting bagi pengembangan optimum otak dan juga mata. Semasa mengandung, ibu membekalkan kepada “fetus” yang baru terjadi dengan asid-asid lemak ini dan ianya terus diberikan makanan penting otak ini kepada bayi melalui susu tetek (“breast”).
Pembekalan kekurangan asid-asid lemak penting ini kepada “fetus” semasa kelahiran bayi ada kaitannya dengan berat bayi yang rendah, lilitan kepala bayi kecil, dan saiz placenta yang kecil [J.Int. med 225:159-69]. Ini merupakan bukti yang sangat signifikan kerana berat kelahiran dan saiz kepala berhubungkait dengan faktor tumbesaran yang mempengaruhi pengembangan seterusnya kepada sistem saraf berpusat dan kebolehan kognitif bayi. [British Medical Journal. January 27, 2001].
Menurut kajian, bayi yang berumur 10 bulan dibekalkan dengan formulasi DHA dan AA, terbukti yang bayi tersebut telah lebih maju dalam pengembangan mentalnya. Ini terbukti dari pemerhatian “kebolehan awal bagi 3 langkah pertama bayi” yang mana didapati mereka telah lebih cepat maju dari segi pengembangan mentalnya. [Lancet 1998;352: 688-69]
Minyak Kebijaksanaan (“Oil of Intelligence”)
Penambahan DHA dan AA kepada formula makanan bayi sangat berkesan merangsang skor paras kebijaksanaan bagi sekumpulan kanak-kanak, berdasarkan kepada kajian tahun 2000 yang ditaja oleh “U.S. National Institute of Child Health and Human Development”.
Satu kajian telah dilakukan bagi menguji skor kebijaksanaan (“intelligence scores”) bagi 56 bayi baru lahir (“infants”), berumur 18 bulan. Satu kumpulan diberikan formula susu mengandungi DHA, manakala sekumpulan lain menerima formula susu yang mengandungi DHA dan AA; dan sekumpulan lagi sebagai kumpulan kawalan yang diberikan formulasi susu komersial biasa yang tidak mengandungi kedua-dua bahan DHA dan AA tersebut. Semua 3 kumpulan bayi baru lahir ini telah dimulakan kajian semasa 5 hari kelahiran, dan untuk selama 17 minggu menerima setiap satu daripada 3 formula susu tersebut.
Setelah diuji, tahap keseluruhan kebijaksanaan kanak-kanak didapati amat ketara berbeza bagi Indek Pengembangan Minda (“Mental Development Index” – MDI) yang mengukur tahap memori kanak-kanak, kebolehan menyelesai masalah kecil dan keupayaan menggunakan bahasa.
Kanak-kanak yang diberikan "formula kawalan" skor purata MDI berjumlah 98 mata; atau rendah dari purata kebangsaan MDI 100 mata bagi kanak-kanak U.S. Bagi kanak-kanak yang menerima formula mengandungi DHA, mereka telah mencapai skor MDI berjumlah 102.4 mata. Dan bagi kumpulan kanak-kanak yang menerima formula DHA dan AA pula mencapai tahap purata skor MDI berjumlah 105 mata. [Development Medicine and Child Neurology, March 2000]
Penyusuan Ibu (Susu Tetek) Menambahkan IQ
Dalam satu analisa bagi 20 laporan-laporan yang tersiar di jurnal-jurnal; penyelidik-penyelidik dari University of Kentucky Chandler Medical Center mendapati IQ bagi bayi-bayi yang menyusui ibu (susu tetek) adalah lebih tinggi dari mereka yang menyusui formulasi susu selain susu ibu.
Kesan kebaikan penyusuan ibu (susu tetek) amat berhubungkait dengan sekurang-kurangnya perbezaan 3.2 mata IQ bagi pengembangan mental bayi. Mata IQ ini diberikan selepas beberapa pertimbangan faktor-faktor lain seperti umur ibu, IQ ibu, cara kelahiran, bangsa, berat kelahiran, masa menyusu dan status sosio ekonomi.
Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetik mempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidak mendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahap pencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sosialnya. [American Journal of Clinical Nutrition, Oktober 1999]
Penyelidik Norway menguji seramai 345 kanak-kanak semasa berumur 13 bulan dan 5 tahun. Kanak-kanak yang telah mendapat susu ibu kurang 3 bulan akan berkeupayaan rendah dari segi kemahiran minda berbanding dengan mereka yang menyusui ibu melebih 6 bulan atau lebih. Apabila kanak-kanak yang menyusu ibu lebih 6 bulan tersebut berumur 5 tahun, mereka mempunyai IQ 8 mata lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mendapat susu ibu kurang daripada 6 bulan. [Archives of Disease in Children 2001;85:183-188]
DHA
Kajian selama 18 tahun merumuskan bahawa DHA ialah nutrien susu ibu (tetek) yang memberikan peningkatan tahap akademik bagi kanak-kanak yang mendapat susu ibu. [Pediatrics, Jan 1998] Susu ibu mempunyai DHA yang tinggi, dan kanak-kanak yang mendapat secukupnya jumlah DHA mempunyai IQ yang tinggi, serta juga penglihatan yang amat terang. [Lancet 1992; 339:261 and AM J Clin Nutr 1993; 58: 35-42]
Satu kajian pada tahun 1988 yang diterbitkan dalam jurnal “Metabolism” mencadangkan bekalan DHA kepada bayi (infant) melindungi mereka daripada “noninsulin-diabetes”, kegemokan (obesity), tekanan darah tinggi dan lain-lain penyakit berhubungkait dengan kegagalan dalam metabolisma glukosa.
Kajian turut merumuskan bahawa, tekanan darah tinggi terjadi apabila seseorang semasa muda mendapat DHA yang tidak mencukupi. Bila bekalan asid lemak (DHA) ini dibekalkan kepada orang dewasa, ianya memulihkan mereka yang mengalami tekanan darah moderat kepada tekanan normal.
Berdasarkan kajian-kajian di atas, peranan paling kritikal/genting DHA bagi pengembangan dan tumbesaran bayi meletakan pemakanan sebagai kuasa amat hebat bagi evolusi mental manusia.
Oleh:
Hj. Johani Md Zain
Terjemahan “The Human Brain Nutrition”

No comments:
Post a Comment