Teringat saya semasa 14 tahun lalu menunaikan haji, saya bertemu rakan sekelas semasa bersekolah yang hampir 20 tahun terpisah.... kami bertemu semula di Kota Madinah. Beliau ialah Haji Abdullah Yunus yang kini merupakan Pengurus Besar Sumber Manusia Sapura. Agak mengejutkan juga, saya dapat bertemu beberapa rakan sekolah (SMSAH Jenan) semasa di Arafah dan juga di Mina.......
Rakan karib sebilik di asrama, beliau Haji Md. Ariff Ariffin bertembung dengan saya di Bukit Marwa semasa Sa'ie pada tahun 1993, setelah lebih 10 tahun tidak bertemu selepas meninggalkan Kolej Perhutanan, Kepong.
Pada musim haji 2007; saya amat terkejut juga kerana ditegur sapa oleh seorang kawan lama yang terpisah hampir 34 tahun yang lalu. Pertemuan ini semasa di khemah Mina di hari-hari tasyrik. Beliau masih boleh mengenali saya dan menegur dengan menyebut penuh nama saya. Amat menghairankan, saya memang tidak dapat mengecamnya langsung.... Beliau ialah Hj. Sahadan yang kini bertugas dengan Majlis Perbandaran Selayang.... Dulu pada tahun 1973 sama-sama kursus persediaan di ITM Jalan Othman.
Pesara RRIM yang dulunya merupakan Pengarah RRIM Kedah, Haji Mansor Hj. Hashim ialah salah seorang yang kebetulan saya dapat bertemu semula. Beliau telah bersara hampir 10 tahun yang lalu. Bertemu di Madinah, pertemuan yang tidak disangka-sangka dan sempat kami minum teh tarik bersama. Semasa di Mekah saya juga bertembung dengan bekas pegawai LGM yang telah bersara... rupa-rupanya pertemuan di Mekah itu adalah yang terakhir. Sekembalinya dari Mekah beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada 6 Februari 2008 yang lalu. Al-fatihah untuk kawan saya ex-LGM Allahyarham Hj. Nik Abdul Rahman.
Saya agak terkejut juga sekembalinya saya ke tanah air, di mana suami sepupu saya sendiri boleh menceritakan berkaitan diri saya semasa di Mina. Rupa-rupanya beliau berada di Mina dan sama-sama mengerjakan haji tetapi tidak menegur saya kerana tidak menyangka bahawa saya juga mengerjakan haji (beranggapan pelandok dua serupa) pada masa itu. Saya juga tidak menyangka dapat bertemu rakan Kolej Perhutanan Kepong, iaitu Dr Md. Zuhaidi Yahya (Dr Mat Di) semasa di pekhemahan Mina. Rakan-rakan lain yang juga tidak disangka dapat berjumpa di Makkah dan di Madinah ialah Dr Yahya, Hj. Mat Sedar dan juga Hjh. Istiqomah.
Sesungguhnya peluang berjumpa rakan atau kenalan amat sukar kerana jumlah jamaah haji kali ini melebihi 3 juta orang. Ramai juga rakan kenalan yang tidak dapat berjumpa semasa berada di Makkah dan Madinah walaupun mereka tinggal berdekatan dengan tempat penginapan saya. Semasa di Madinah, saya juga menginap sebilik dengan seorang imam dan juga naib kadhi Changlun di mana tinggal sekampung dengan datuk kepada menantu saya. Sesungguhnya dunia ini amat kecil sekali.... small world.

No comments:
Post a Comment