Tuesday, November 18, 2008

ANAK BUJANG SAYA, FADZRUL HAFIZ.

Anak bujang saya ini merupakan anak ketiga dalam keluarga. Dilahirkan pada 10 Jun, 1985 di Pulau Pinang dan dibesarkan di merata tempat di Selangor dan Johor. Pengalaman bertukar-tukar sekolah tidak sedikit pun menjejaskan prestasi pendidikannya... Seorang yang agak pintar semasa bersekolah dan amat patuh kepada peraturan atau mempunyai disiplin diri yang ketat.

Aktif bersukan sepak takraw, bolasepak dan tae-kwon-do serta gemar bermain "chess" sehingga di peringkat MSSM. Juga pemegang tali pinggang hitam tae-kwon-do sejak berumur 11 tahun. Pernah mengerjakan umrah semasa berumur 11 tahun di waktu cuti persekolahan tahun 1996. Sejak sekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5, rekod akademik sentiasa memperolehi no. 1 dalam kelas. Terakhir mencapai SPM 2002 di SMS Muar yang sangat baik dengan keputusan 7A1 dan memasukki kolej Matrikulasi Perak di Gopeng. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dengan CGPA 4.0 di kolej Matrikulasi, melanjutkan pengajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM), dulu dikenali sebagai HUKM.

Kini anak bujang saya berada di semester terakhir ijazah doktor perubatan di PPUKM. Kalau tiada halangan, InsyaAllah akan bergraduat sebagai doktor perubatan pada bulan April 2009. Merupakan anak ke tiga yang menjejaki langkah kakaknya yang telah bertugas sebagai doktor perubatan di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang.

Kini anak bongsu perempuan masih di tahun 3, juga mengikut jejak abang dan kakak untuk mendapatkan ijazah perubatan dan pembedahan (MBBS) dari Royal College of Surgeons Ireland. Anak bongsu menyerlah selepas memporolehi SPM 9A1 dari MRSM Mersing pada tahun 2003.

Saniatul Wada binti Johani

No comments:

Post a Comment