Friday, November 14, 2008

PERJUMPAAN HARI RAYA 2008M/1429H

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir di perjumpaan hari raya ex-kolej kepong/UiTM pada 18 Oktober 2008, kafe Unit Latihan Perhutanan, Kepong.

Tanpa sokongan semua, majlis ini tidak mungkin berjaya. Walaupun kehadiran sedikit merosot, tetapi kehadiran muka-muka baru dan pertama kali hadir adalah membanggakan, terutama mereka yang telah bersara. Kesanggupan untuk hadir bagi mereka yang bersara memberikan isyarat bahawa tidak lama lagi lebih ramai di kalangan kita akan turut bersara dari jawatan kerajaan. Saya sendiri bersara wajib pada umur 56 tahun pada 1.5.2011. Oleh itu kesempatan untuk menganjurkan majlis raya mungkin pada tahun 2009 dan 2010 sahaja. Selepas itu, masa depan majlis di serahkan kepada mereka yang masih berkhidmat pula? InsyaAllah, jika ada kesempatan kita akan berjumpa lagi walaupun masa itu ramai antara kita akan berada di alam persaraan.

Untuk makluman majlis yang lepas merupakan kali ke 8 dan dihadiri oleh 27 ex-kolej termasuk saya (tidak termasuk isteri dan anak serta cucu). Maaf zahir batin, jumpa lagi masa akan datang.
Terima kasih. Wassallam.

No comments:

Post a Comment