Friday, November 28, 2008

OTAK TERBINA DARIPADA LEMAK

Tiada yang pelik, tetapi anda mempunyai satu kepala berlemak! Lebih kurang 2/3 otak anda atau otak kita semua terdiri daripada lemak. Tetapi bukan sebarangan lemak atau semua jenis lemak.

Sel-sel otak memerlukan lemak-lemak yang istimewa – lemak yang sama yang membina otak-otak datuk nenek kita dahulu dan yang membolehkan mereka belajar serta berkembang dengan kadar yang cepat. Lemak yang sama jugalah yang berfungsi sebagai struktur yang sama bagi otak anda atau otak kita semua.

Membrans – permukaan kerja bagi otak terdiri daripada asid-asid lemak.

Bahagian luar otak, atau selaput (“skin”) bagi satu sel dikenali sebagai membrans (“membrane”). Membrans merupakan suis kawalan utama yang menyelaras/mengawal arus aliran bahan kimia keluar-masuk melalui sel-sel otak, sama seperti pengawalan sempadan bagi dua buah negara.

Elemen yang mengalir (arus aliran) melalui sel-sel membrans ke dalam sel dalaman otak ialah oksigen, glukosa (gula darah), dan nutriens mikro yang membolehkan sel-sel otak berfungsi. Arus aliran ini juga membolehkan bahan metabolisma buangan dikeluarkan daripada otak, oleh itu sel otak tidak akan rosak akibat kotoran sendiri.

Membrans Neurons – sel-sel istimewa otak yang berkomunikasi sesama sel, terdiri daripada satu jaluran nipis molekul-molekul asid lemak (“fatty acid”). Asid-asid lemak ialah merupakan asid-asid lemak yang terbentuk melalui lemak-lemak daripada pemakanan. Apabila anda mencerna lemak dalam makanan, ianya terurai menjadi molekul asid lemak berbagai saiz dari segi panjangnya. Otak kita menggunakan asid-asid lemak ini sebagai bahan mentah bagi membentuk jenis-jenis lemak yang khusus yang juga akan melengkapkan sel-sel membrans.

Lemak Berstruktur.

Lemak berstruktur (dikenali sebagai “lipids”) membuatkan membrans sel fleksibel tetapi kuat, membolehkan neurons menjadi mampat atau mengembang mengikut keperluan. Membrans perlu juga cukup kukuh untuk menampung banyak molekul protein penerima (“receptor molecules”) di tempatnya.

Paling penting sekali, di sepanjang membrans neurons ialah di mana saluran denyutan menjelajah. Signal bioeletrik ialah asas bagi semua komunikasi dalam sistem saraf, yang amat beruntung kerana terdapat “injap” dan “terusan” dalam membrans neurons.

Asid-asid lemak adalah juga penting sama seperti vitamin dan mineral, tetapi tidak serupa dengan nutriens mikro yang diperlukan dalam jumlah yang sangat sedikit, tetapi asid lemak diperlukan dalam kuantiti yang agak besar.

Dua Asid Lemak Mestilah Diperolehi dari Pemakanan (Diet)

Cuma dua jenis asid lemak yang dianggap sebagai “keperluan”, yang bermakna anda perlu mendapatkan dua jenis asid lemak ini (“EFA-Essential fatty acid”) daripada makanan yang dimakan. Asid lemak ini tidak boleh diperbuat atau dihasilkan oleh tindakan dalam badan manusia.

Alpha-linolenic acid (ALA) ialah tapak asas bagi famili asid lemak “omega-3”. Bahan-bahan berkhasiat berasal dari laut, ‘phytoplankton’, ‘algae’, dan daun hijau mengsintesis ALA dalam kloroplas atau daun hijau. Sumber makanan omega-3 ALA termasuk bijirin flax, biji chia, walnut, rumpai laut, dan sayuran daun hijau.

Linoleic acid (LA) ialah bahan tapak asas bagi famili “omega-6” asid lemak. LA ialah evolusi terkemudian dengan penemuan tumbuhan yang mengeluarkan biji dan terdapat dalam minyak bijirin dan kekacang. Sumber makanan omege-6 LA termasuk bahan produk bunga matahari, “safflower”, jagong dan minyak sesame.

Daripada ALA dan LA, otak kita boleh memproses DHA dan AA, asid lemak panjang yang diperlukan dalam sel-sel membrans. Asid-asid lemak ini boleh juga diperolehi terus dari makanan. Satu perkara penting disini, kemampuan otak menguraikan asid-asid lemak boleh dikompromikan dengan tekanan (“stress”), jangkitan sakit, alkohol, gula berlebihan, dan vitamin atau kekurangan mineral – faktor biasa hari ini.

Bahan berantai panjang famili omega-3 termasuk EPA (“eicosapentaeoic acid”) dan DHA (“docosahexaenoic acid”). DHA ialah bahan lemak terbanyak dalam otak dan tersangat genting (“crucial”) bagi menjalankan fungsi otak dengan baik – dari sejak muda sehingga tua (“from toddler to doddler”).

Pemakanan baik (“good dietary”)- bagi EPA dan DHA bersumber dari lemak tinggi dari ikan salmon, sardin, mickerel, dan lain-lain ikan air laut sejuk (“cold water fish”). Oleh itu, ikan dikenali sebagi makanan otak. (DHA diperbuat dari “microalgae” terdapat juga dalam bentuk kapsul).

Ahli famili omega-6 termasuk GLA (“gamma linolenic acid”) dan AA (“arachidonic acid”). Sumber terbaik GLA ialah “evening primrose”, ‘borage’ dan minyak biji “black currant”. AA terbanyak dalam daging, telor dan produk-produk berasaskan susu.

Walaupun GLA dan EPA tidak bergabung dengan sel membrans, tetapi diperlukan sebagai bahan “anti-inflammatory” (“prostaglandins dan eicosanoids”) yang bertindak melawan pengaruh “inflammatory” terhadap lebihan AA.

Fungsi bersama bagi dua famili asid lemak ini adalah amat penting bagi “evolusi” otak manusia, di samping itu sebagai pembentukan sistem peredaran dan sistem pembiakan.

Keseimbangan Kadar EFA

Kadar seimbang bagi dua famili asid lemak diperlukan bagi menjadikan otak sehat, yang mana strukturnya terdiri dari kadar 1:1 omega-6 dengan omega-3. Pemakanan barat, biasanya mempunyai ketidakseimbangan lemak omega-6 dengan omega-3 (dari daging dan susu) – kadar 20:1, atau lebih tinggi. Ketidakseimbangan omega-6 dan omega-3 ini boleh menjejaskan otak sehingga mengakibatkan kerosakan mental, termasuk aktiviti lebih rangsangan (“hyperactivity”), kemurungan (“depression”), allergi otak dan “schizophrenia”.

Ketidakseimbangan ini boleh diperbetulkan dengan memakan lebih banyak ikan yang kaya dengan omega-3 dan minyak bijirin flax, kurangkan gula, and elakkan terus “trans fatty acids” yang mengandungi minyak separa “hydrogenated”, margerin dan “shortening”. Untuk lebih selamat, elakkan apa yang dikenali sebagai minyak pasaraya (“supermarkets’ oil”) dan “salad dressing” kecuali dilabelkan sebagai “cold pressed” – atau minyak zaiton asli, “extra virgin”.

Lemak Baru Terubahsuai

Otak manusia masakini menghadapi cabaran yang tidak pernah dihadapi pada masa lampau. Teknik pemprosesan makanan moden telah mengubah pembentukan asas otak manusia sendiri. Bukan untuk kebaikan, sebaliknya otak yang dibentuk oleh lemak terubahsuai (“altered fats”) menyebabkan ianya kurang daya tahan bagi menghadapi tekanan hidup zaman moden.

Oleh :
Hj. Johani Md Zain
(Petikan “The Human Brain Nutrition”)

No comments:

Post a Comment