Monday, November 17, 2008

SAD NEWS FROM UK?

Photo: Manchester United Stadium, Old Trafford.

This news posted by my eldest son from Bury, Lancashire, UK.

Kawan: nak bagitau ni..
Kawan: we are leaving soon
Pak Lan: leaving gi mana?
Kawan: balik tanah air
Pak Lan: kenapa? nie pasal UK recession ker? ...
Kawan: begitulah

Pak Lan: emm...Pak Lan pun tgh depressed jugak nie..sebab ada 2- 3 org member yg keje kat city dah kena berhenti dah...ofis Pak Lan pun tgh dlm process re-structuring
Pak Lan: alhamdulillah so far Pak Lan dlm kategory yg selamat lagi..
Pak Lan: bebudak yg keje bahagian teknikal yang byk effect
Pak Lan: really sad to hear this news...
Pak Lan: dahlah bukan ramai pun member kat UK nie..

Kawan: time is really bad la Pak Lan..

Sedih...kata yang belum dapat mengambarkan perasaan bila mendengar seorang lagi kawan yang terpaksa dibuang kerja. Ini bukan berita yang pertama kali saya dengar; sudah banyak...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”
(Bukhari)

Bulan-bulan mendatang ini merupakan bulan yang amat mendebarkan semua. Kebanyakan syarikat sedang melaksanakan proses penstrukturan semula syarikat. Ramai yang akan dibuang kerja dan statistik kerajaan UK sendiri membayangkan angka pengangguran akan meningkat sehingga 2 juta orang!

Yang lebih menyedihkan lagi untuk pekerja asing seperti kami, tiada bantuan yang akan diterima daripada kerajaan UK seperti pelbagai "allowance" dan "income support" kerana status kami sebagai pekerja asing. Penyelesaian terakhir bermakna pulang ketanahair. Maka makin kuranglah kawan-kawan yang masih tinggal, sudahlah memang sedia tidak ramai.

Walaupun ini bermakna negara Malaysia akan kembali menerima kepulangan tenaga kerja tetapi amat malang sekali jika tahap pengalaman dan kepakaran masih belum mencapai kematangan maksimum.

Berita-berita ekonomi amat merisaukan. Mungkin ada yang tidak mahu mendengarnya kerana "stress", tetapi adalah baik untuk mengetahui keadaan semasa bagi kita membuat perancangan yang sebaiknya. Rentetan kisah kegawatan ekonomi kali ini dapatlah saya saksikan sendiri serta menimba pengajaran dan pengalaman yang amat berharga.

Hakikat bagaimana ketamakan manusia membinasakan negara.Ternyata amalan riba (yang diharamkan oleh Islam) yang menjadi pegangan kapitalis barat boleh membawa kemusnahan. Sikap rakus manusia mengejar kekayaan yang mudah dan cepat melalui jual-beli rumah dengan harga yang berlipat kali ganda menyaksikan ia memakan diri. Mereka yang membeli rumah semata-mata untuk "investment" menyaksikan harga rumah mereka menurun hingga ketahap "negative equity". Serta pengajaran bahawa cara hidup yang melampaui kemampuan dan budaya berhutang boleh menjadikan negara bankrap.

RGP ( firm akitek tempat saya bekerja) juga sedang melalui proses penstrukturan semula. Ini bagi mengimbangi kelembapan ekonomi semasa. Walaupun telah diberikan jaminan bahawa perkerjaan yang saya lakukan sebagai "architectural designer" akan terjamin, saya tetap melaksanakan langkah-langkah perlu bagi menghadapinya jika ditakdirkan nanti. Umpama menyediakan payung sebelum hujan...

Doa saya agar teman-teman yang menerima kesan dari krisis ini akan dipermudahkan jalan keluar dari kemelut tersebut. Dan bagi mereka yang akibat ketamakannya telah mengheret membinasakan orang lain, bersedialah menerima doa dari insan yang tertindas dan teraniaya ini. Moga apa yang berlaku menjadi perkara yang terbaik diberikan oleh Allah.

Dari Mu'adz Bin Jabal R.A: "Aku telah mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Takutlah kepada doa orang-orang teraniaya kerana doa mereka adalah yang paling mustajab. Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa mereka dan Allah SWT."

Teringat saya tentang sebahagian isi email klien lama saya:
"Anyway take care and be optimistic leave it to GOD ALMIGHTY and don't be moved by matters around."

by:
Fadzlan Rizan Johani (Pak Lan)



No comments:

Post a Comment