Thursday, November 13, 2008

Kereta Baru Myvi SE Warna Oren

Hari ini 28.10 2008 (Selasa) aku ambik cuti sehari sambung Deepavali.... tapi bukan sebab sambut Deepavali, tetapi kebetulan bercuti di rumah di Kuala Lumpur. Hari ini juga ofis mula beroperasi, oleh itu aku ke JPJ Wilayah Persekutuan Wangsa Maju untuk mendaftar sendiri kereta baru yang telah ditempah seminggu yang lalu. Kereta Myvi SE baru warna oren hadiah kepada anak bongsu yang akan pulang ke Malaysia pada awal tahun depan dan akan menyambung kursus semester 6 perubatan di Penang Medical College (twin program dengan RCSI, Dublin).
Pagi sebelum pukul 8.00 aku bertolak dari rumah sejauh kira-kira 32 km ke JPJ Wangsa Maju. Sampai di ofis JPJ dalam masa 30 minit sahaja, suasana masih lengang kerana ramai masih bercuti Deepavali agaknya.... Sesampai di kaunter aku terus sambil borang menempah nombor pilihan.... dan terus menunggu di depan monitor yang memaparkan nombor semasa, waktu itu nombor WRX siri 6000 ke atas dipaparkan di skrin. Cadangan aku untuk mengambil nombor WRX1005 tidak kesampaian kerana telah pun terlepas..... bukan apa, ingat hendak menambahkan koleksi nombor kereta aku yang sudah ada 2 buah yang bernombor sama.
Untuk mendapat nombor siri WRY1005 kena tunggu minggu depan la pulak, alahai kena ambik cuti lagi..... Aku tiada pilihan, ternampak nombor siri 7005 di skrin, aku terus ambil keputusan ambil nombor WRX7005 (bagi aku no. 7 tu macam satu juga lah). Terus aku daftar nombor ini dengan bayaran RM210.00, daftar kereta baru RM200.00 dan bayaran cukai jalan RM70.00 untuk setahun. Ok ke nombor ni, WRX7005 .... nampak macam cun aje? Apa pun kereta-kereta aku sekarang ada koleksi nombor yang serupa atau hampir sama iaitu bernombor WKY1005, WLR1005 dan terkini WRX7005.Kenapa kereta-kereta aku mesti ada nombor lima?
Istimewanya bagi nombor lima tersebut ialah:
Pertama bagi memudahkan aku mengingatkan nombor-nombor kereta itu, dan kedua nombor lima (5) sememangnya nombor yang paling aku suka......... Lain-lain sebab ialah, aku lahir pada 5.5.55, dan aku mula bekerja dengan majikan sekarang ini pun berkuatkuasa pada bulan lima (1hb.Mei 1978) dan akan bersara wajib juga pada bulan lima (1hb. Mei 2011). Selain itu rukun Islam ada lima perkara, solat juga 5 waktu, rukun negara juga ada lima dan banyak perkara berkaitan diri kita juga ada lima? Selain itu nombor lima serupa huruf "S" yang melambangkan perkataan "Sempurna" atau "Siap" atau "Sah". S dalam English bermakna "Strong/Strength" dan juga "Super", "Safety" atau "Special". Oleh itu nombor lima (5 = S) melambangkan sifat kesempurnaan yang perlu dimiliki oleh kita semua.... Nama isteri dan anak-anak perempuan aku pun bermula dengan "S"?
Sebenarnya ada banyak lagi perkara atau peristiwa dalam hidup aku mempunyai kaitan dengan nombor lima, nombor yang paling aku gemari....... Lagi pun 1005 bermakna 1= I, 0=Only, O=Owe, S = my wife.
Hj Johani

1 comment:

  1. Orang Cina tidak suka no. 4, sebab takut "mati", empat mati oii! Orang lelaki Melayu suka no. 4, sebab boleh kahwin sampai empat oii! Pasaltu saya suka no. 5 sebab isteri tidak suka no. 4! hehehe.

    ReplyDelete