Dr. Suhaida Hanis binti Johani merupakan anak kedua saya yang sejak kecil bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan. "To be a doctor was always her ambition since childhood, despite her performance in the early stage of schooling was miserable". Dilahirkan pada 29 Disember 1980 di Hospital Bukit Mertajam, Seberang Perai. Anak saya merupakan seorang yang kidal yang secara semulajadinya berfikir menggunakan lebih otak kanan berbanding otak kiri. Dari segi pembacaan saya, kanak-kanak ini sepatutnya lebih fokus dalam bidang seni atau sastera bukan bidang sains dan matematik. Oleh itu, semasa masih kecil prestasinya di sekolah agak lembab sedikit dan tidaklah begitu menyerlah. Semasa masih kecil lagi selalu jatuh sakit, kerap mengalami demam panas yang biasanya berlaku sewaktu tengah malam.
Suhaida Hanis merupakan anak saya yang tidak layak untuk memasukki sekolah berasrama penuh jika dibandingkan dengan 3 lagi adik beradik yang lain. Namun begitu, cita-citanya yang tinggi untuk belajar dalam bidang perubatan menyebabkan dia berusaha dengan amat gigih sekali. Di waktu di tingkatan 4 Sains, dia telah berjaya meningkatkan pencapaian akademiknya. Menjadikan dia pelajar Melayu tunggal yang sangat pintar dalam subjek matematik dan biologi di sekolahnya berbanding dengan pelajar bukan Melayu (terutama pelajar Cina). Pernah dihantar ke kelas tuisyen mathematik, tetapi akhirnya berhenti kerana pengajian di tuisyen ketinggalan jauh dari apa yang dia tahu. Sehinggakan masalah matematik di kelas tuisyen dapat diselesaikan olehnya dengan lebih mudah berbanding guru tuisyen. Oleh itu, dia pernah membuka kelas tuisyen matematik percuma kepada rakan-rakan di rumah di mana telah dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar bukan Melayu pula.
Demam panas merupakan salah satu sebab IQnya kurang dan dipecayai berhubungkait juga dengan sifatnya yang kidal (menulis dan membuat kerja guna tangan kiri). Pengalaman mendidik anak kedua ini adalah yang paling mencabar kerana sebagai ibu-bapa yang turut terlibat untuk merealisasikan impiannya memenuhi cita-cita sebagai doktor perubatan. Oleh itu, saya yakin bukan perlu cerdik dan pandai boleh menjadi doktor. Kesungguhan dan ketekunan serta rajin belajar merupakan rahsia sebenar untuk seseorang berjaya mencapai cita-cita. Cara dia belajar sangat mengkagumkan, begitu gigih dan masa yang amat banyak dipergunakan untuk mentelaah pelajaran.
Kini Dr. Anis merupakan doktor yang amat komited (5 tahun bertugas di Pulau Pinang) dengan kerjayanya kerana sememangnya cita-cita dan minatnya sejak kecil lagi. Kesan kerana kidal mungkin boleh dipercayai jika diteliti dari segi kecergasan dan kekurangannya dari segi immunisasi terhadap penyakit.
Satu sifat Dr. Anis ialah suka merendah diri, selalunya dia akan kata, "ye la adik ni sapa? tak pandai, berbanding dengan adik beradik yang lain..." Namun sifatnya yang paling mesra ialah "bila bercakap susah pula nak berhenti".
Peringatan : Jangan biarkan anak-anak menjadi kidal kerana ianya merupakan kecacatan (disorders) yang ada berkaitan dengan kesihatan dan keupayaan mental. Cuba latih supaya normal menggunakan tangan kanan supaya otak kiri digunakan sepenuhnya.
Tuesday, November 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment