Saturday, November 29, 2008

VITAMIN E - KEPERLUAN BAGI KESIHATAN OTAK

Bury Town, Lancashire

Vitamin E ialah pelarut asas lemak “antioxidant” (anti pengoksidan) dalam badan, yang menjadikannya amat genting sekali bagi pelindung otak kerana keseluruhan otak terdiri daripada lemak. Satu molekul vitamin E boleh melindungi 200 molekul asid lemak daripada kerosakan akibat radikal bebas, bilamana membantu sel-sel otak kekal sehat berfungsi bagi jangka masa lebih lama.

Vitamin E berada dalam sel membrans lemak, terdapat juga dalam membrans sel-sel nucleus di mana DNA berada. Vitamin E melindungi beratus-ratus mitokondria (“energy-producing mitochondria”) penghasil tenaga di dalam setiap sel.

Kapilari-kapilari serebral (“cerebral capillaries”) diperkukuhkan oleh vitamin E, begitu juga bagi darah merah. Vitamin E membantu mengadakan oksigen yang lebih untuk otak. Ianya membantu mencairkan darah beku dan memastikan pembekuan darah yang teratur – faktor penting penghalang kepada strok (angin ahmar).

Vitamin Kesuburan Baka (Fertiliti)

Vitamin E biasanya dirujuk sebagai “d-alpha-tocopherol,” famili vitamin E yang lebih dikenali sebagai mengandungi 8 jenis tocopherol dan tocotrienol. Tocopherol perkataan Greek bermaksud “untuk menghasilkan anak”. Ini kerana vitamin E mencegah keguguran dan meningkatkan kesuburan baka yang diuji kepada tikus, yang pada tahun 1920’an vitamin ini dikenali sebagai vitamin kesuburan baka atau fertiliti. Tahap kepekatan vitamin E terdapat di dalam kilang-kilang organ seks.

Vitamin E tidak boleh disimpan secara efisen dalam badan berbanding dengan vitamin-vitamin pelarut lemak yang lain, vitamin E perlu penggantian, seperti juga vitamin C dan B. Tanda-tanda kekurangan vitamin E ialah kemerosotan saraf otot, masalah tidur (‘insomnia’), keletihan (‘fatique’), ketidaksuburan baka (‘infertility’), keadaan kulit yang buruk, atau sejuk ibu jari dan jari-jari lain.

Sumber Pemakanan Vitamin E

Bijirin, kekacang, dan kacang soya – dan minyak yang tidak ditapis halus mempunyai kepekatan vitamin E yang tinggi. Kuantiti yang amat signifikan terdapat dalam beras perang (‘brown rice’), oat, biji gandum segar, dan telor bebas kolestrol. Kepekatan kecil vitamin E tedapat dalam sayuran daun hijau, Brussel sprouts dan broccoli. Pengambilan makanan diproses, alkohol, merokok, dan selalu terdedah kepada asap meningkatkan keperluan vitamin E. Keletihan, tekanan, dan kekotoran udara akan mengurangkan vitamin E dalam badan. Suhu panas, oksigen, sejuk beku dan klorin akan merosakakn terus vitamin E.

Tahap RDA (“Recommended Dietary Allowance”) bagi vitamin E ialah 15 mg atau 22 IU sehari, namun begitu 300-500 mg vitamin E ialah jumlah yang disyorkan dalam pemakanan bagi mendapat faedah optimumnya. Tahap tertinggi vitamin E yang boleh diterima oleh badan ialah 1,000 mg. (tahap lebih tinggi berisiko pendarahan yang tidak terkawal).

Untuk memperolehi 67 mg (100 IU) vitamin E, seseorang perlu makan 27 cawan bayam (‘spinach’), atau 25 sudu besar mentega kacang pea, atau 20 paun hati. (Vitamin E sintetik, dl-alpha-tocopherol mempunyai kesan biologi separuh dari vitamin E asli).

Bekalan Tambahan Vitamin E

“Serangan strok (angin ahmar) boleh dihalang sekiranya vitamin E dalam dos yang tinggi diambil,” kata Dr James H. Dwyer dari Sekolah Perubatan Keck, University of Southern California. Ini kerana “antioxidant” atau anti pengoksidan membantu mencegah proses pengerasan arteri-arteri. Menggunakan “ultrasound” beliau mengesan tindakan vitamin E terhadap “plaque” (plak) yang terjadi di dinding arteri karotid bagi 573 lelaki dan perempuan. Kelambatan pembentukan “atherosclerosis” (plak terjadi akibat kolestrol mengecilkan arteri) boleh berlaku dengan pengambilan dos vitamin E sekurang-kurangnya 300 mg sehari. [Annual Conference on Cardiovascular Disease Epidemiology and Prevention, March 2001].

Risiko strok menjadi rendah dengan 53% orang yang mengambil tambahan vitamin mengandungi vitamin E, menurut Richard T. Benson, M.D. dari Hospital Columbia-Presbyterian di New York. Dari sejumlah 850 orang African-American, Hispanic, dan Caucasian dewasa yang dikaji, mereka yang tidak terkena strok adalah 2 kali lebih ramai bagi mereka yang mengambil vitamin E tambahan, berbanding dengan mereka yang terkena strok. [American Academy of Neurology, Annual Meeting 1999]

Kombinasi Selenium – Vitamin E

Vitmain E bertindak secara sinergi dengan selenium. Kombinasi kedua-dua vitamin E dan selenium akan memberikan tindakan lebih berkesan lagi. Sejenis mineral tambahan, selenium sangat diperlukan sebagai salah satu komponen enzim anti pengoksidan yang terhasil oleh badan bagi melawan radikal bebas.

Selenium juga merupakan sejenis anti toksin yang kuat bagi menyahkeluar metal berat yang boleh merosakkan otak dan lain-lain organ. Selenium mengikat raksa (‘mercury’), plumbum, arsenik, dan kadmium yang mengganggu kimia otak dengan menggantikanya dengan mineral penting seperti besi, zinc, dan kuperam. Selenium berkebolehan memperdaya (“chelate”) atau menarik keluar bahan metal berat tersebut dengan menyahkeluarkannya dari sel-sel otak.

Pembuat Topi Gila

Raksa memberikan kesan buruk kepada otak. Ianya menyebabkan kemurungan dan gangguan terhadap kebolehan konsentrasi dan ingatan. Raksa boleh disalurkan oleh ibu kepada “fetus” semasa dalam kandungan menyebabkan kerosakan otak yang membawa kepada kecacatan mental, kebutaan, kerencatan dan ketidakbolehan bertutur.

Pada masa lampau, pembuat topi dikenali menjadi “gila” disebabkan mereka banyak terdedah dengan raksa semasa membuat atau menjual topi. Oleh itu, para penyelidik telah membuat kajian berkaitan hubungan antara raksa dengan penyakit Alzheimer.

Plumbum juga dikaitkan dengan IQ rendah dan perilaku ganas. Cat berplumbum dan minyak berplumbum adalah merupakan bahan yang terdedah kepada ramai. Paras plumbum dalam darah juga boleh menjadi tinggi bagi komuniti yang meminum air minuman yang dirawat dengan “silicofluorides”.

Terjemahan daripada "The Human Brain Nutrition"

No comments:

Post a Comment