Friday, November 14, 2008

BARAKAH TANAH HARAM MEKAH

Sebelum berangkat ke Mekah, cucu ke 4 saya sejak lahir sehingga saya kembali ke tanah air menghidapi sakit sawan tangis. Dia kini (semasa berangkat ke Mekah) yang berumur 5 bulan akan mula menangis bermula waktu maghrib sehingga ke waktu Isyak. Sebelum berangkat ke Mekah, sudah 9 pakar perubatan (bomoh dari utara ke selatan) tradisional yang telah saya temui bagi mengubatinya. Semua petua, air penawar dan sebagainya tidak berjaya menyembuhkan penyakit sawan tangis cucu saya ini.

Semasa di Mekah saya berdoa di Multazam, di pintu Kaabah agar cucu saya segera sembuh. Saya juga berikhtiar dengan mengambil segenggam gandum yang diberikan makan kepada merpati di dataran Masjidilharam. Petua mengambil segenggam gandum dengan niat untuk mengubat sawan diberitahu oleh rakan sebilik saya semasa di Mekah. Sekembalinya saya pada 17 Januari 2008, gandum tersebut ditumbuk serta direbus dan dicampurkan dengan susu. Setelah diberi minum susu + gandum, cucu saya kini telah pun sembuh dari penyakit sawan tersebut.

Alhamdulillah dengan berkat tanah haram serta kebesaran Illahi saya percaya usaha saya telah termakbul...... Allahhuakbar!



Sofea & Wawa

No comments:

Post a Comment