Menunaikan haji dan umrah merupakan salah satu rukun Islam yang dituntut agar setiap muslim melakukan sekali sahaja seumur hidup. Kedua-dua haji dan umrah saling lengkap melengkapi dituntut wajib sekali bagi mereka yang berkemampuan dari segi sehat tubuh badan, fikiran yang waras, cukup ilmu dan juga cukup wang atau harta untuk dibelanjakan.Tidak dituntut atau ada nas supaya dikerjakan berkali-kali. .... namun begitu bagi yang mampu mengerjakan haji dan umrah boleh mengerjakannya seberapa banyak yang terdaya. Haji dan umrah yang dilakukan beberapa kali setelah menunaikan yang wajib atau fardu itu adalah merupakan yang sunat sahaja. Alhamdulillah, bersyukur saya kerana dipanggil Allah Yang Maha Pemurah lagi Berkuasa untuk mengerjakan haji bagi kali kedua pada tahun 2007 dan beberapa kali umrah.
Kenikmatan mengerjakan ibadah haji dan umrah membuatkan saya memohon doa agar saya dijemput kembali ke Baitullah sekiranya dipanjangkan umur untuk kali seterusnya.. ...... Untuk layak menunggu kuota seterusnya, saya mendaftar semula untuk haji kali ke tiga dengan minimum pencaruman Tabung Haji RM1,300 sahaja. Pendaftaran haji dibuat dengan pemotongan RM90.00 sahaja sebagai tempahan giliran. InsyaAllah, ditentukan giliran saya bagi haji seterusnya di tahun 2020. Namun begitu saya dibolehkan membuat rayuan untuk ke Makkah lebih awal selepas bersara wajib pada tahun 2011.Untuk makluman mereka yang belum pernah mengerjakan haji dan umrah, pendaftaran haji sekarang akan melayakkan kita menunggu giliran sekurang-kurangnya selama 9-10 tahun. Oleh itu, sekiranya kita masih berkhidmat dengan kerajaan, kelayakan cuti haji diberikan sekali dalam perkhidmatan sejumlah 40 hari (cuti bergaji penuh). Peluang ini sepatutnya dimanafaatkan. Kemudahan cuti bergaji ini harus dipergunakan untuk mengerjakan haji semasa masih berkhidmat lagi. Bagi pegawai kerajaan, kemungkinan boleh merayu supaya diberikan kuota haji pegawai kerajaan sebelum bersara wajib.Namun begitu, persiapan mental dan pengisian ilmu haji dan umrah amatlah penting didalami sebelum berangkat ke Makkah. Pengalaman saya semasa 15 tahun lampau dan juga pada musim haji yang lalu mendapati ramai yang melakukan berbagai kesilapan dan melanggar berbagai pantang larang haji.... Kemungkinan tidak cukup ilmu, terlupa atau kerana terikut-ikut mazhab lain? Bagi kebanyakan jamaah haji Malaysia, majoriti usia yang lanjut merupakan satu masalah besar semasa melakukan ibadat ini...... Oleh itu, cabaran yang semakin hebat dengan manusia berjuta dari seluruh dunia memerlukan kekuatan fizikal, mental dan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadat ini. Yang paling penting, sebarang perbuatan atau pekerjaan ibadat haji sekiranya merasa keraguan, cepat-cepatlah merujuk kepada pakar-pakar agama tabung haji.

Untuk makluman musim haji lepas, di Madinah sehingga saya bertolak balik pada 17 Januari 2008 cuacanya tersangat sejuk iaitu di bawah paras 10 darjah Celcius. Amat perlu bawa baju tebal atau winter jacket kalau tidak tahan sejuk.
Akhir sekali, saya menyeru kekawan supaya segera mendaftar untuk menunaikan haji semasa kita masih sehat dan kuat........ ... jangan sibuk daftar undi sahaja, daftar untuk persiapan ke akhirat perlu diutamakan!
Selamat menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment