Friday, November 21, 2008

WAWA CUCU SAYA


Emilyea Maisarah (Wawa) dilahirkan pada 15 Ogos 2007 di Hospital Besar, Pulau Pinang di mana ibunya juga pernah bertugas sebagai doktor perubatan di sini. Selepas 40 hari di bawah jagaan ibunya, Wawa telah dipelihara oleh datuk dan neneknya (panggilan Wan dan Tok) di Segamat, Johor. Semasa kecil sehingga berumur 5 bulan Wawa dikategorikan mengidap "sawan tangis", sejenis penyakit yang tidak boleh diubati secara moden. Kami puas mengubati secara tradisional dari utara sehingga ke selatan tanah air menemui beberapa orang bomoh, namun penyakitnya tidak sedikit pun berubah atau sembuh. Penyakitnya ialah "menangis yang amat lama" terutama waktu sebelum senja sehingga ke waktu Isya' setiap hari.


Dari 4 Disember 2007 sehingga 17 Januari 2008, Wawa dipulangkan kembali ke pangkuan ibunya dengan penyakit sawan tangis yang masih belum lega. Dalam tempoh selama 45 hari kami berada di Mekah menunaikan fardu haji. Di sana kami berdoa dan berikhtiar untuk mengubati Wawa. Segenggam gandum yang diberikan makan kepada merpati-merpati di dataran Masjilharam telah saya ambil dengan niat mengubati Wawa. Sekembali ke Malaysia pada pagi 17 Januari 2008, Wawa masih menangis dan tiada perubahan selama 45 hari kami di Mekah. Sebaik tiba di rumah, saya mengarahkan isteri untuk merebus gandum yang dibawa pulang tersebut. Selepas itu air rebusan gandum dan gandum yang sudah dimasak itu diberikan minum dan makan kepada Wawa. Alhamdullilah dengan berkat doa dan keizinan Allah Yang Maha Kuasa dengan serta merta penyakit cucu saya ini terus sahaja sembuh.....


Sehingga kini, cucu saya telah berumur 1 tahun 3 bulan dan sehat sejahtera tanpa mengalami penyakit yang serius. Wawa kini masih dijaga atau dipelihara oleh datuk dan neneknya di Segamat, Johor. Wawa hanya akan pulang ke pangkuan ibu-bapanya dalam masa 2 1/2 tahun lagi apabila datuknya bersara dan pulang ke kampung.......

Hj Johani.



5 comments:

  1. comel nya wawa... salam uncle joe.. saya begitu tertarik dengan coretan ttg keluarga terutama anak2 uncle yang telah berjaya... insyaallah akan saya ambil sebagai contoh untuk saya mendidik anak2 saya menjadi seperti anak uncle.. www.nyonyacyber.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam ayah,
    dah besar dah wawa....tgk dlm gambar jer. Ntah wawa kenal "pak long" ker tidak..hehe.

    ReplyDelete
  3. Wawa ni membesar dalam perjalanan... baru semalam tidur di Hotel Mutiara JB, esok nak ke Johor Bahru lagi dan minggu depan akan ke JB lagi. Tido di Hotel yang sama, semua orang (pekerja hotel) di Hotel Mutiara pon dah kenal dan mesra dengan Wawa. Wan gi meeting di KL atau di JB ke, dia pasti akan ikut sama....

    ReplyDelete
  4. nak ajak wawa g bercuti kat langkawi ler sebelum krismas depan

    ReplyDelete
  5. wawa.. jom g langkawi

    ReplyDelete