Tidak dituntut atau ada nas supaya dikerjakan berkali-kali..... namun begitu bagi yang mampu mengerjakan haji dan umrah boleh mengerjakannya seberapa banyak yang terdaya. Haji dan umrah yang dilakukan beberapa kali setelah menunaikan yang wajib atau fardu itu adalah merupakan yang sunat sahaja. Alhamdulillah, bersyukur saya kerana dipanggil Allah Yang Maha Pemurah lagi Berkuasa untuk mengerjakan haji lagi dan beberapa kali umrah. Kenikmatan mengerjakan ibadah haji dan umrah membuatkan saya memohon doa agar saya dijemput kembali ke Baitullah sekiranya dipanjangkan umur untuk kali seterusnya........ Untuk layak menunggu kuota seterusnya, saya mendaftar semula untuk haji kali ke tiga dengan minimum caruman RM1,300 dan ditolak wang tempahan sebanyak RM90.00 sahaja. InsyaAllah ditentukan giliran haji seterusnya di tahun 2019. Namun saya perlu membuat rayuan untuk ke Makkah lebih awal selepas bersara wajib pada tahun 2011 (memohon ke Makkah semula pada tahun 2012).Untuk makluman mereka yang belum pernah mengerjakan haji dan umrah, pendaftaran haji sekarang akan melayakkan kita menunggu giliran sekurang-kurangnya 9-10 tahun. Oleh itu, sekiranya kita masih berkhidmat dengan kerajaan, kelayakan cuti haji diberikan sekali dalam perkhidmatan sejumlah 40 hari (cuti bergaji penuh). Peluang ini harus dipergunakan untuk mengerjakan haji semasa masih berkhidmat dan bagi pegawai kerajaan boleh merayu supaya diberikan kuota haji pegawai kerajaan sebelum bersara wajib.Namun begitu, persiapan mental dan pengisian ilmu haji dan umrah amatlah penting didalami sebelum berangkat ke Makkah.
Pengalaman saya semasa 14 tahun lampau dan juga pada musim haji yang lalu mendapati ramai yang melakukan berbagai kesilapan dan melanggar berbagai pantang larang haji.... Kemungkinan tidak cukup ilmu, terlupa atau kerana terikut-ikut mazhab lain? Bagi kebanyakan jamaah haji Malaysia, majoriti usia yang lanjut merupakan satu masalah besar semasa melakukan ibadat ini...... Oleh itu, cabaran yang semakin hebat dengan manusia berjuta dari seluruh dunia memerlukan kekuatan fizikal, mental dan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadat ini.
Oleh itu, saya menyeru kekawan supaya segera mendaftar untuk menunaikan haji semasa kita masih sehat dan kuat. DAFTARLAH HAJI DAHULU kemudian barulah daftar mengundi, daftar untuk persiapan ke akhirat perlu diutamakan!
bersambung...........
No comments:
Post a Comment