Friday, November 14, 2008

UPAH HAJI

Upah haji dan umrah atau dikenali sebagai haji badal merupakan haji yang dilakukan oleh seseorang untuk orang lain yang telah meninggal dunia atau yang uzur/sakit serta tiada berkemungkinan akan sembuh untuk mengerjakan haji sendiri. Rugilah kalau tidak berpeluang mengerjakan haji sendiri kerana hilang kenikmatan melakukannya.... Hanya seseorang atau waris yang telah sempurna menunaikan fardu haji sahaja yang layak atau sah mengerjakan haji untuk orang lain.

Ada hadis yang mengatakan bahawa seseorang yang mengerjakan haji untuk orang lain (haji badal) akan mendapat ganjaran pahala antara 7-10 kali ganda daripada orang yang dihajikan...? Cuma 1 haji badal sahaja boleh dilakukan oleh seseorang pada sesuatu musim haji. Upah haji biasanya dibayar kepada orang lain (biasanya pelajar Universiti Mekah) di Makkah lebihkurang RM1,500/= seorang. Kaedah haji badal ini secara terperinci boleh dirujuk kepada pakar agama di Tabung Haji.

Sebagai peringatan semasa di Makkah, lakukanlah ibadat sebanyak-banyaknya kerana ganjaran ibadah di Masjidilharam ialah 100,000 kali ganda, manakala di Masjid Nabawi, Madinah ialah 1,000 kali ganda. Adalah diingatkan bahawa 40 waktu solat di dalam Masjid Nabawi (bukan kaki lima/luar masjid) ialah waktu solat penuh BUKAN terlewat dan masuk masbub... Jangan lupa solat sunat di Masjid Quba' kerana ianya bersamaan satu pahala umrah. Lakukanlah sebanyak-banyak umrah sunat (lepas yang wajib) sekiranya ada masa kelapangan dan sehat ...

Sekian, Wassalam.

Johani

No comments:

Post a Comment