Saturday, November 15, 2008

MADINAH AL-MUNAWARAH

Kota Madinah pesat membangun menjadi sebuah bandar moden yang amat jauh berbeza berbanding semasa saya berkunjung ke sana lebih kurang 14 tahun yang lalu. Madinah bertukar kepada bandar yang dipenuhi dengan hotel-hotel baru dan mewah serta pusat membeli belah yang juga bertaraf mewah. Selain itu, terdapat berbagai restoran makanan segera ala barat dan juga kafe seperti "starbuck coffee" dan sebagainya di Kota Madinah.

Masjid Nabawi juga telah siap dibina dengan kemudahan-kemudahan yang begitu canggih di mana terdapat kawasan meletak kereta yang luas di bawah tanah. Kemudahan "ascalator" terdapat di merata-rata tempat di kawasan masjid, terutama untuk ke tingkat atas masjid, ke bilik air dan juga ke tempat meletak kenderaan.

Sesungguhnya bumi Madinah adalah tanah bertuah, amat subor dalam menghasilkan buah kurma terbaik dan berkhasiat di dunia. Terdapat di sini sebuah ladang kurma dimiliki seorang Arab yang beristerikan seorang yang berasal dari Sik, Kedah. Kami berpeluang melawat ladang kurma milik suami "Aisya" (Aisya ini pernah muncul drama TV3 "Cinta Madinah" sedikit masa lalu). Berpeluang berkenalan dengan "Aisya" yang pernah muncul berlakon bersama Zul Yahya dan Datuk Sarimah.

Madinah yang luasnya hampir seluas Semenanjung Malaysia Barat mempunyai sebuah sahaja tanah perkuburan. Perkuburan ini yang menempatkan semua mereka yang meninggal dunia sama ada penduduk tempatan atau jemaah haji/umrah; di kenali sebagai perkuburan Baqi'. Kawasan perkuburan Baqi' boleh diibaratkan tanah perkuburan yang saiznya tidak berubah tetapi mampu menampung berjuta manusia yang meninggal dunia sejak zaman Rasullulah saw lagi. Di perkuburan Baqi' ini juga disemadikan para sahabat, putera dan puteri baginda Rasullulah saw.

Di sekitar Madinah terdapat berbagai tempat bersejarah seperti Masjid pertama dibina oleh Rasullulah iaitu Masjid Quba', terdapat juga Masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat), masjid tujuh dan kawasan tempat berlaku peperangan Uhud (Bukit Uhud dan datarannya), makam para syuhada Uhud dan kawasan peperangan khandaq.

Bertuah sungguh mereka yang bermastautin di bumi Madinah ini, bumi tempat di mana terdapatnya makam Rasullulah saw dan para sahabat beliau. Penduduk Madinah majoritinya adalah mereka yang berpendapatan agak mewah. Di sini terdapat banyak kereta-kereta jenama mewah dimiliki oleh penduduk atau rakyat penghuni Kota Madinah Al-Munawarah.


Aisya bertutup lengkap sebelah kiri saya

No comments:

Post a Comment